• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembekal Daun Ketum Di Sekitar Gombak Ditahan

oleh Ahmad Albab
15/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT – Polis menahan seorang pembekal daun ketum di sekitar Gombak, Selangor serta 110 kilogram bahan larangan itu yang ditemukan di dalam bonet belakang keretanya di Jalan Kampung Gajah-Teluk Memali di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan itu menahan lelaki berumur 35 tahun yang memandu kereta Mercedes Benz milik bapa saudaranya kira-kira pukul 4 pagi.

“Hasil pemeriksaan, polis menjumpai 32 bungkusan plastik berwarna hitam berisi daun ketum dengan anggaran berat 110 kilogram serta dua botol air ketum tiga liter di dalam bonet belakang kereta,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah di sini, hari ini.

Mohamad Zainal berkata suspek yang aktif melakukan kegiatan itu sejak tiga bulan lepas akan menghantar bahan tersebut sebulan sekali ke sekitar Gombak dengan menggunakan kereta bapa saudaranya itu kerana pasaran di kawasan itu lebih mahal.

“Jika di sini (Perak) kita anggarkan keseluruhan rampasan bernilai RM3,300, di sana (Gombak) harganya lebih mahal. Kesemua daun ketum yang dirampas dipercayai mampu menghasilkan lebih 500 botol air ketum,” katanya.

Menurut Mohamad Zainal, suspek juga disyaki menanam pokok ketum di kebun miliknya dekat Kampung Gajah di sini, selain mendapatkannya daripada pembekal lain di sekitar Parit.

Beliau berkata suspek yang menjalankan kerja membela ikan tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau dan kini direman selama dua hari mulai hari ini.

“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan sekiranya didapati bersalah, suspek boleh dihukum di bawah Seksyen 30 (5) akta yang sama iaitu denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – BERNAMA

Tags: Daun Ketum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Bawa Daun Ketum Ditahan Selepas Larikan Diri Sejauh 15 KM

Lelaki Bawa Daun Ketum Ditahan Selepas Larikan Diri Sejauh 15 KM

26/03/2023
0

JELI : Tindakan seorang lelaki melarikan diri sejauh 15 kilometer (km) sambil membawa daun ketum seberat 560 kilogram (kg) gagal...

Lelaki Thai Cuba Seludup Keluar Minyak Masak Bersubsidi Ditahan

16/05/2022
0

KANGAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup keluar lebih kurang 780 kilogram (kg) daun ketum dan 150...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd