• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Balistik

oleh Ahmad Albab
15/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Korea Utara pada Ahad sekali lagi melancarkan peluru berpandu balistik yang dipercayai mampu mencapai sasaran hingga ke wilayah Guam di Amerika Syarikat (AS) sekaligus mencetuskan kebimbangan terbaru, lapor agensi berita Jepun Jiji Press.

Menurut tentera Korea Selatan dan kerajaan Jepun, peluru berpandu dilancarkan dari Kusong di rantau barat laut Korea Utara kira-kira pukul 5.28 pagi itu jatuh ke dalam laut di perairan Jepun selepas terbang selama 30 minit.

Sementara itu, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe membantah tindakan Korea Utara dan berpendapat ia satu tindakan yang tidak boleh dikompromi.

Justeru itu katanya, Jepun akan mengekalkan kerjasama dengan AS dan Korea Selatan serta akan memastikan keselamatan rakyat Jepun.

Menteri Pertahanan Tomomi Inada berkata, peluru berpandu itu dipercayai model terbaru dan berupaya mencapai ketinggian lebih 2000 kilometer.

Pelancaran peluru berpandu itu adalah yang pertama sejak Presiden Korea Selatan Moon Jae-in mengambil alih jawatan pada Rabu, susulan itu Moon turut mengadakan mesyuarat majlis keselamatan negara.

Presiden Korea Selatan menyifatkan tindakan Korea Utara itu satu pencabulan jelas terhadap resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta mengancam keamanan dan keselamatan Semenanjung Korea serta masyarakat antarabangsa.

Pelancaran peluru berpandu terbaru Korea Utara berkenaan dilakukan selepas ujian pada Mac dan April.

Pada 6 Mac, Korea Utara melancarkan ujian empat peluru berpandu, tiga daripadanya jatuh ke dalam perairan Jepun, pelancaran pada 29 April pula dikatakan menemui kegagalan. – BERNAMA

Tags: Peluru Berpandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

22/06/2025
0

BAITULMUQADDIS – Israel berdepan serangan peluru berpandu pada Ahad ketika Iran menegaskan bahawa semua pilihan kini terbuka untuk mempertahankan kedaulatannya,...

Korea Selatan Lengkapkan Sistem Pemintas Peluru Berpandu Jarak Jauh

Korea Selatan Lengkapkan Sistem Pemintas Peluru Berpandu Jarak Jauh

29/11/2024
0

SEOUL : Korea Selatan hari ini mengumumkan sudah selesai membangunkan sistem pemintas peluru berpandu balistik baharu, menambah satu lagi lapisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd