• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelo Vingada Jurulatih Baharu Harimau Malaya

oleh Ahmad Albab
15/05/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada atau lebih dikenali sebagai Nelo Vingada disahkan sebagai ketua jurulatih dan diberi kepercayaan untuk mengembalikan semula kegemilangan bola sepak Malaysia.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan berkata jurulatih berumur 64 tahun daripada Portugal itu akan tiba di Malaysia pada 25 Mei ini dan tugas pertamanya ialah membuat persediaan bagi pasukan kebangsaan berdepan Korea Utara pada perlawanan pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019 di Pyongyang pada 8 Jun.

Vingada terkenal dengan sikap tegas dan berterus terang dengan pemainnya dan itulah kriteria utama sebab beliau dipilih sebagai ketua jurulatih Malaysia.

“Saya juga mahu jurulatih itu bertindak sebagai guru. Dengan pasukan kebangsaan, ia bukan semata-mata mengenai melatih tetapi juga mendidik pemain kita. Dengan pengalaman dan usianya, kita lihat beliau sebagai jurulatih terbaik untuk membawa kejayaan kepada pasukan kebangsaan.

“Kerja beliau dengan beberapa pasukan kebangsaan sebelum ini, sama ada remaja atau senior serta kelab membuktikan etika kerjanya. Kita berharap untuk dapat bekerjasama dengan Vengada dan diharapkan gembira dengan kejayaan baharu yang ditemukan,” kata Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan.

“Selepas menyaksikan beberapa jurulatih sama ada tempatan atau asing melakukan tugas mereka, naluri saya menyatakan Vingada adalah orang yang tepat. Saya mungkin tersilap, tapi hanya masa yang akan menentukannya,” tambah Tunku Ismail.

Vingada pula berkata: “Saya mengucapkan terima kasih kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menghubungi dan kemudian berjumpa saya di Johor baru-baru ini.

“Ia adalah satu penghargaan untuk melatih pasukan kebangsaan Malaysia. Banyak kerja yang perlu dilakukan dan saya tidak sabar untuk memulakannya.”

Digelar ‘The Professor’ kerana kaedah pengurusannya, Vingada memulakan kerjaya sebagai pembantu kepada Carlos Queiroz yang melatih pasukan Bawah 20 Tahun Portugal yang menyaksikan pasukan itu menempa kejayaan dalam kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun FIFA pada 1989 dan 1991.

Selepas mengambil alih tugas Queiroz, Vingada berjaya membawa pasukan tersebut hingga peringkat separuh akhir Piala Dunia Bawah 20 Tahun 1995 dan Olimpik 1996.

Vingada yang mempunyai pengalaman melatih selama 35 tahun turut membuat impak di Asia.

Beliau pernah melatih pasukan remaja Arab Saudi (1996-97), pasukan Olimpik Mesir (2004-05), pasukan kebangsaan Jordan (2007-09) dan skuad Olimpik Iran (2014).

Beliau turut melatih dan membawa kejayaan kepada pasukan kelab seperti FC Zamalek (Mesir), FC Seoul (Korea), Persepolis FC (Iran) dan Dalian Shide FC (China).

Tugas mutakhir sebelum ini ialah melatih NorthEast United FC (India). – BERNAMA

Tags: FAMOng Kim Swee
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd