• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Tan Cheng Hoe Tidak Lemahkan Pasukan Kedah

oleh Ahmad Albab
14/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Ganjaran menanti skuad Kedah andai berjaya membawa pulang Piala FA ke negeri itu apabila bertemu Pahang di final yang akan diadakan di Stadium Shah Alam pada 20 Mei ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pihaknya akan mempertimbangkan ganjaran yang sesuai jika skuad Lang Merah dapat menamatkan kemarau kejayaan dalam pertandingan yang kali terakhir dijuarai pada 2008.

Kedah, juara tiga kali Piala FA iaitu pada 1996, 2007 dan 2008 akan menentang Pahang di final selepas menewaskan Terengganu 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi untuk mara dengan agregat 4-0.

Pada masa sama, Ahmad Bashah berkata kemenangan Kedah ke atas Terengganu dalam aksi separuh kedua Piala FA malam tadi membuktikan ketiadaan Tan Cheng Hoe yang melepaskan jawatan sebagai jurulatih Kedah bukan penghalang kepada kejayaan, sebaliknya semangat berpasukan mendahului segala-galanya.

“Walaupun bermain di tempat lawan, skuad Lang Merah menampilkan permainan yang bermutu dan saya berpuas hati dengan prestasi pasukan ketika ini.

“Saya beri kepercayaan kepada pemangku jurulatih Nidzam Adzha Yusoff untuk membimbing pasukan,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Kedah ke-37 di sini, hari ini.

Ahmad Bashah turut menyeru semua penyokong Kedah agar dapat ke Stadium Shah Alam pada 20 Mei ini bagi memberi sokongan padu kepada Lang Merah. – BERNAMA

Tags: Kedah FATan Cheng Hoe
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe Gesa Tiada Kesilapan Mudah Bertemu Vietnam

12/12/2021
0

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menuntut pemain negara agar tidak melakukan kesilapan mudah sewaktu berdepan Vietnam dalam aksi...

Kedah FA Jangan Tuding Jari, Tipu Penyokong – TMJ

15/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bahawa pemain Kedah sendiri yang bercerita mengenai masalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd