• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nora Akur Permintaan Suami, Sedia Berhenti Berlakon

oleh Ahmad Albab
14/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akur dengan permintaan suaminya Nedim Nadzri, aktres Nora Danish berkata, dia bersedia untuk meninggalkan kerjaya lakonan demi memberi keutamaan kepada keluarganya.

Bagaimanapun, pelakon yang dikenali dengan sitkom Puteri ini berkata, tindakan yang akan diambil itu bukanlah secara drastik, sebaliknya, secara perlahan-lahan..

“Kalau itu permintaan dia, saya akur dan cuba mematuhinya demi keluarga. Namun, saya tidak akan terus berhenti secara mendadak, sebaliknya perlahan-lahan.

“Selepas berkahwin saya perlu meletakkan suami dan keluarga sebagai keutamaan, buat masa ini saya mungkin akan lebih memilih tawaran yang datang,” ujarnya.

 


Nora melancarkan koleksi terbaharu Owl By Nora Danish.

Nora atau Nora Danish Mohd Hanif, 36, mengulas kenyataan suaminya pada Khamis lalu di laman sosial yang mahu dia berhenti daripada bidang lakonan.

Dia ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Owl By ND di Gaya Koleksi Raya 2017 yang diadakan di Publika di sini, malam Jumaat.

Pelakon ini mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya Nedim Nazri pada 30 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup di Glass House, dekat sini.

Dalam pada itu, mengulas tentang perjalanan perkahwinan tersebut, Nora berkata, kehidupannya kini lebih bahagia dan sempurna.

“Saya bersyukur dipertemukan dengan lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab. Dia juga seorang yang pandai masak. Buat masa ini kami belum berkesempatan untuk berbulan madu,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang koleksi jenama pakaiannya, Nora melancarkan sebanyak 21 rekaan koleksi baju kurung sempena Syawal akan datang.

“Tahun lalu kami buat penggambaran di Iceland dan tahun ini kami memilih Amerika Syarikat sebagai lokasi fotografi. Selain, bekerja, kami juga ambil kesempatan itu untuk bercuti bersama keluarga,” ujarnya. – mStar Online

Tags: NEDIM NAZRINora Danish
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Puji Nora Danish Masih Cantik Berimej Botak

30/09/2018
0

PELAKON Nora Danish mengejutkan peminat apabila dia memuat naik gambarnya dengan imej berkepala botak di Instagram pada Ahad. Bagaimanapun, menerusi...

Tak Tahan Anak Kena Kutuk, Nora Tampil ‘Sound’ Netizen

05/06/2018
0

BUKAN mudah bergelar selebriti kerana apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian netizen termasuklah pelakon, Nora Danish yang sering menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd