• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Banyak Perpecahan Akan Berlaku

oleh Ahmad Albab
13/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau menjangkakan lebih banyak perpecahan dalam kalangan pakatan pembangkang akan berlaku menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata tindakan PAS memutuskan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan PKR sudah dapat dijangka memandangkan gabungan itu terbentuk kerana sikap ego.

“Setiap parti pembangkang akan berpecah apabila hubungan mereka sudah tidak rapat.

Mereka (pembangkang) membentuk parti kerana ego mereka. Apabila apa yang mereka ingin capai (apabila membentuk sesebuah pakatan) gagal, mereka akan membentuk satu lagi parti yang baharu.

Apabila ada yang sudah tawar hati dan marah (apabila menubuhkan sebuah parti) bagaimana kita boleh percaya orang seperti ini. Oleh itu, saya percaya lebih banyak perpecahan akan berlaku,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perpecahan di antara PAS dan PKR.

Sebelum itu, Tengku Adnan yang juga anggota Parlimen Putrajaya menghadiri program Negaraku@Komuniti peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya 2017 di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Dr Mohd Nik Zawawi Salleh mengumumkan bahawa PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR. Keputusan itu dibuat selepas PKR melanggar banyak syarat kerjasama politik yang berdasarkan prinsip Islam.

Pada hari yang sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN dan UMNO akan menyusun semula jentera dan strategi politik bagi menghadapi senario baru politik berikutan perpecahan di antara PAS dan PKR, kerana dijangkakan lebih banyak pertandingan tiga penjuru akan berlaku dalam PRU14. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ku Nan Didakwa Semula Selepas Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Kedua

12/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan...

Rasuah: Tengku Adnan Mengaku Tidak Bersalah

15/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd