• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Legoland Bakal Perkenal Hidupan Laut Aquarium

oleh Ahmad Albab
13/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Legoland Malaysia Resort akan menonjolkan hidupan laut dalam aquarium di taman temanya di sini bagi menarik lebih ramai pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata Legoland Malaysia telah memperuntuk RM50 juta untuk merealiasikan fasa pertama projek itu yang akan memulakan kerja pembinaan minggu depan.

“Projek bertemakan kekeluargaan yang menjanjikan pengalaman baharu serta menarik ini merupakan kerjasama dengan pengusaha
aquarium global terbesar dunia Merlin Entertainment Group and Theme Attaractions.

“Ia akan dilaksanakan secara berperingkat dan mengambil masa setahun untuk disiapkan. Pengumuman selanjutnya akan dibuat oleh Legoland Malaysia pada suku ketiga tahun ini,” kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Hari Ulang Tahun Star Wars yang ke-40 di taman tema itu hari ini.

Tee berkata pihaknya menyambut baik inisiatif seperti itu memandangkan antara kluster pembangunan daerah Johor Bahru ialah untuk menarik lebih ramai pelancong menerusi taman tema.

Dalam masa sama, beliau juga melihat inisiatif itu sebagai satu komitmen dan transformasi Legoland dalam mengikut kehendak pasaran pelancong.
Tambahnya sejak dibuka mulai 2012, Legoland Malaysia telah secara konsisten menambah tarikan dan pengalaman baru kepada pelancong setiap tahun termasuk memperkenalkan Taman Tema Air, Hotel Legoland, Ninja Go dan kini Star Wars.

Tahap penginapan di hotel pula sentiasa mencatatkan lebihan tempahan pada musim-musim kemuncak iaitu cuti persekolahan serta hari kelepasan am, manakala hari biasa merekodkan tempahan sebanyak 75 peratus.

Beliau berkata berikutan sambutan yang mengalakkan, Legoland turut merancang menggembangkan perniagaan hotelnya pada masa depan.

Tee menyeru pengusaha produk pelancongan agar sentiasa menaik taraf daya tarikan masing-masing demi memastikan mereka berdaya saing di persada global.

Sementara itu, Pengarah Operasi Legoland Malaysia, Casper Bonavent berkata hari ulang tahun tahun Star Wars itu akan berlangsung mulai hari ini hingga 31 Mei.

Ia menampilkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga sertai termasuk Imperial March, Star Wars Miniland Live, Jedi Academy, Spot The Stormtrooper dan Star Wars Trivia Hunt. – BERNAMA

Tags: Legoland
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bella Sertai Kanak-Kanak Istimewa Dirai TMJ Di Legoland

16/05/2022
0

JOHOR BAHRU : Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menyantuni kanak-kanak istimewa, termasuk seorang remaja perempuan 'sindrom...

Beijing Bakal Miliki Legoland

20/02/2022
0

BEIJING – Sebuah taman tema Legoland bakal dibuka di Beijing yang akan menjadi sebahagian daripada pelan bandar ibu negara China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd