• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Yakin DFTZ Bakal Menjadi Baharu Ekonomi Digital

oleh Ahmad Albab
12/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang baru dilancarkan, akan menjadi hab baharu ekonomi digital, dengan lebih ramai rakyat Malaysia di bandar dan luar bandar memperoleh manfaatnya.

Perdana Menteri berkata DFTZ pastinya belajar daripada kejayaan e-dagang China, Alibaba Group, dan menambah bahawa kumpulan itu nampak jauh ke hadapan dan cepat mengaplikasikan cara baharu untuk berdagang dalam abad ke-21 ini.

“Saya kagum terhadap kejayaan Alibaba. Dalam tempoh 13 tahun sahaja, transaksinya sudah mencecah 3 trilion yuan atau hampir RM1.9 trilion.

“Sepanjang Festival Membeli-belah Dunia tahun lepas, Alibaba memproses sejumlah 175,000 tempahan sesaat semasa puncak!,” katanya dalam catatan di Facebook dan Twitter hari ini.

Najib singgap di Hangzhou hari ini untuk melihat operasi Alibaba Group.

Perdana Menteri juga menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Hangzhou Municipal Government & Alibaba Group (China) Company Limited.

MoU itu adalah antara usaha yang dilaksanakan Malaysia bagi menjayakan projek DFTZ yang dilancarkan oleh Najib dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group Jack Ma, yang juga Penasihat Ekonomi Digital kepada Kerajaan Malaysia, pada 22 Mac lepas.

“Menerusi DFTZ, ekosistem perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan keusahawanan akan berubah, dan menjadi lebih eksklusif. Diunjur menyaksikan peningkatan rantaian nilai serta 60,000 pekerjaan baharu!,” kata Najib.

DFTZ disasarkan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan menyediakan kemudahan e-dagang merentas sempadan untuk PKS, yang sebelum ini sukar untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Ia antara lain menyediakan kawasan di Kuala Lumpur International Airport Aeropolis sebagai kemudahan logistik dan penyimpanan serta prosedur pembiayaan dan pelepasan kastam yang lebih pantas. – BERNAMA

Tags: Ekonomi DigitalNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MCMC Terajui Pelaksanaan Ekonomi Digital RMK-12

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) memperlihatkan penekanan terhadap pertumbuhan ekonomi digital serta usaha memperkukuh infrastruktur dan perkhidmatan...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd