• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kritikan Akta Hasutan Tidak Jejas Hubungan Malaysia-AS

oleh Ahmad Albab
11/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Kritikan Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden terhadap keputusan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 tidak akan menjejaskan hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata ini berikutan hubungan erat yang sudah terjalin antara kedua-dua pemimpin negara iaitu Presiden Barack Obama dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Perbezaan pendapat sudah menjadi perkara biasa di mana-mana negara tetapi ia tidak menjejaskan hubungan yang sedia ada,” kata Awang Adek kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bachok di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Bachok mengulas kritikan pelbagai pihak termasuk kenyataan daripada Naib Presiden AS Joe Biden dan Duta AS ke Malaysia Joseph Y Yun terhadap keputusan Malaysia mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Duta itu dalam temu bual dengan sebuah portal berita pada 6 Dis berkata AS ‘terkejut’ dengan keputusan Malaysia untuk mengekalkan Akta Hasutan.

Sehari sebelum itu, Biden turut mengulas tentang akta itu.

Awang Adek berkata perbezaan pandangan dan pendapat tidak bererti wujud masalah dari segi hubungan dua hala.

Sementara itu, Awang Adek berkata beliau akan membantu mencari dana bagi pembinaan sebuah masjid Malaysia yang dianggarkan bernilai US$10 juta (US$1=RM3.46), di Washington yang boleh memuat 1,000 jemaah.

Beliau akan menghubungi pelbagai pihak di negara ini agar impian itu menjadi kenyataan.

Katanya umat Islam di kawasan berkenaan sangat mengharapkan sebuah masjid Malaysia dibina memandangkan Malaysia dianggap sebuah negara Islam termaju dan dikagumi sebagai lambang kemegahan umat Islam di kawasan itu.

Beliau berkata Indonesia dan Turki sudah mempunyai masjid masing-masing di kawasan itu. – BERNAMA

Tags: Akta Hasutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini media sosial dijadikan medan interaksi untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta perdebatan...

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

04/09/2023
0

Polis akan mencadangkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menuduh Presiden PAS Abdul Hadi Awang bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd