• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fakta Tipu Amalan Nifsu Sya’ban

oleh AK-47
12/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

1. Tiada dalil atau keterangan ulama bahawa BUKU CATATAN AMALAN ditutup di malam Nisfu Sya’ban atau ketika bulan Sya’ban.

2. Juga tiada dalil atau keterangan ulama bahawa perlu perbanyakkan amalan di pertengahan Sya’ban.

3. Mungkin mereka yang kata adanya amalan Nisfu Sya’ban tersebut berdalilkan hadis ini:

Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda,

ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

“Ini adalah bulan yang sering dilalaikan ramai orang, bulan antara Rejab dan Ramadhan. Ini adalah bulan di mana amal-amal diangkat menuju Rab semesta alam. Dan aku ingin ketika amalanku diangkat, aku dalam keadaan berpuasa.” [HR. An Nasa’i 2357, Ahmad 21753, Ibnu Abi Syaibah 9765 dan Syuaib Al-Arnauth menilai Sanadnya hasan]

Hadis ini adalah bukti salah satu hadis yang menyatakan amalan diangkat ke langit. Tidak dinyatakan pun amalan diangkat di pertengahan Sya’ban. Hakikatnya amalan kita sentiasa akan diangkat ke langit, bukan hanya ketika di bulan Sya’ban sahaja. Hadis lain yang menunjukkan waktu amalan diangkat ke langit:

Dari Abu Hurairah radhiyallahuanhu, Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda,

تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِى وَأَنَا صَائِمٌ

“Berbagai amalan dihadapkan (pada Allah) pada hari Isnin dan Khamis, maka aku suka jika amalanku dihadapkan ketika aku sedang berpuasa.” [HR. Tirmidzi no. 747. At Tirmidzi mengatakan bahawa hadis ini hasan ghorib. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahawa sanad hadis ini hasan. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih lighoirihi iaitu sahih dilihat dari jalur lainnya]

Selain itu, hadis di atas juga tidak menyatakan pengkhususan amalan tertentu di pertengahan Sya’ban atau malamnya. Pilihlah mana-mana hari untuk beribadat atau beribadatlah sebulan penuh jika mahu.

4. Ada satu sahaja hadis sahih berkenaan Nisfu Sya’ban, yang lain dhaif atau mungkin palsu;

عن أبي موسى الأشعري عبدالله بن قيس:
((إنَّ اللهَ لَيَطَّلِعُ في ليلةِ النِّصفِ من شعبانَ، فيَغفِر لجميعِ خلقِه إلا لمشركٍ أو مُشاحنٍ)).

“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik dan yang bermusuhan. [HR Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma’arf, Riyadh].

Hadis ini jelas memberitahu Allah mengampunkan dosa-dosa hamba-hambaNya kecuali orang musyrik atau yang bermusuhan. Tidak diajarkan pengkhususan amalan tertentu atau fadhilat amalan tertentu.

5. Sebenarnya tiada pun istilah BUKU CATATAN AMALAN ditutup. Bila mati baru tutup buku. Selagi hidup kena beramal.

Allahua’lam.

https://www.facebook.com/abuaqif.alaman/posts/1968534753380312

Tags: Nifsu Sya'banSyaaban
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Pembangkang Fitnah Konsert Dangdut Nisfu Syaaban

01/05/2018
0

BATANG LUPAR - Pembangkang semakin ghairah lontar pelbagai fitnah dan berita palsu bagi memburuk-burukkan imej calon Barisan Nasional (BN) dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd