• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pemandu Kereta Lelaki Maut Nahas Berasingan

oleh AK-47
11/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Dua pemandu kereta lelaki maut dalam kemalangan jalan raya berasingan di Perak, semalam.

Dalam kejadian pertama di Tapah, Yong Chi Yong, 23, maut di tempat kejadian selepas kenderaan jenis Perodua Viva yang dipandunya merempuh sebuah kenderaan lain di Kilometer 324.3 Lebuhraya Utara Selatan, kira-kira 8.20 malam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt. Somsak Din Keliaw berkata ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke arah utara.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan mangsa dipercayai telah merempuh bahagian belakang sebuah kenderaan yang tidak dapat dipastikan. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian kedua di Kampar, seorang lelaki, S. Murugan, 45, maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pikap jenis Isuzu Dmax di lorong kecemasan di Kilometer 303.6, Lebuhraya Utara Selatan, kira-kira 6.35 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata kejadian berpunca apabila pikap yang dipandu seorang lelaki dari arah Tapah menghala ke Ipoh hilang kawalan selepas melanggar lopak air berdekatan lokasi kejadian.

“Pikap berkenaan berpusing dan merempuh belakang kereta jenis Proton Wira yang dinaiki mangsa yang diparkir berhadapan sebuah kereta jenis Peugeot.

“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak jatuh ke kiri bahu jalan dan disahkan meninggal dunia,” katanya dan menambah siasatan terhadap kes itu masih dijalankan. – BERNAMA

Tags: kemalanganmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd