• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Astro Sasar 3 Juta Isi Rumah Langgan Aplikasi Njoi Now

oleh AK-47
11/05/2017
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Astro Malaysia Holdings Bhd sasar tiga juta isi rumah dalam tempoh tiga tahun berbanding 1.8 juta sekarang ini sebagai pelanggan aplikasi Njoi Now.

Aplikasi percuma yang dilancarkan hari ini telah dibentuk bagi memenuhi gaya hidup digital pengguna dengan fleksibiliti sepenuhnya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Rohana Rozhan.

“Sejak dilancarkan pada 2011, Njoi menerima kadar ambilan yang belum pernah berlaku sebelum ini sehingga mencecah 1.8 juta isi rumah sekarang ini.

Setiap satu daripada isi rumah ini mempunyai sekurang-kurangnya empat hingga lima penonton, oleh yang demikian, pada masa hadapan, kami mempunyai potensi untuk mencapai seramai 12 juta penonton,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran aplikasi Njoi Now di sini hari ini.

Katanya, aplikasi itu membenarkan rakyat Malaysia untuk mengakses siaran melalui apa-apa jenis paparan, sama ada di rumah atau mudah alih secara dalam talian atau di luar talian.

Perkhidmatan tersebut merangkumi akses kepada lebih 2,000 judul filem dan drama, yang boleh dimuat turun dan disimpan dalam peranti, selain daripada acara sukan secara langsung, berita serta platform e-dagang Go Shop.

Beliau ketika ditanya mengenai bagaimana syarikat merancang untuk mendapatkan hasil daripada NJOI Now, memberitahu dengan 98 peratus kadar penembusan telefon pintar di negara ini, Astro yakin bahawa jumlah yang disasarkan akan dapat dicapai.

“Selain daripada kandungan percuma, mereka akan diberi opsyen untuk mengakses kandungan premium, ini akan ada bayaran,” katanya.

Majoriti pendapatan Astro, datang daripada langganan televisyen, diikuti oleh pengiklanan, termasuk iklan radio dan pembarangan.

Untuk 2017, hasil pengiklanan dan pendapatan lain yang lebih tinggi telah membantu dalam mengimbangi pendapatan langganan yang lebih rendah daripada segmen televisyen.

Pendapatan daripada segmen ini adalah lebih tinggi pada RM5.02 bilion, naik sebanyak 0.7 peratus dari tahun ke tahun, sementara keuntungan pula adalah 1.6 peratus lebih baik pada RM702.2 juta.

Bagi 2018, Njoi Now diharap menjadi pemacu pertumbuhan dengan peningkatan dalam jumlah penonton. – BERNAMA

Tags: Aplikasi Njoi Nowastro
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jumlah Penonton Astro Melonjak Semasa PKP

01/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Jumlah penonton TV Astro meningkat sebanyak 43 peratus manakala masa harian yang dihabiskan untuk menonton melonjak 30...

Perlawanan MU Tidak Disiar Di Saluran Kartun

08/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Bertenang penyokong Manchester United!  Perlawanan melibatkan juara Liga Perdana Inggeris 20 kali itu tidak akan disiarkan menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd