• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurus Hotel Dituduh Eksploitasi Seks 4 Wanita Thai

oleh AK-47
11/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang pengurus hotel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memperdagangkan empat wanita warga Thailand bagi maksud eksploitasi seksual, sejak 2014.

Tertuduh, Ling Ong Weng, 34, didakwa memperdagangkan Nutsara Hemman, Nipaporn Sananmueang, Sirikon Maitoklang dan Patcharin Polkan yang berumur antara 23 dan 43 tahun bagi maksud eksploitasi seksual.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di Ritz Garden Hotel, Garden Reflexology, Tingkat 1, Lot 5260 dan 5261, Jalan Lumut, Seri Manjung pada 9.35 malam, dari tahun 2014 hingga 20 Jan 2017.

Pertuduhan ke atas Ling dibuat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Norashima Khalid membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 26 Mei.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi Md Yusof ​manakala tertuduh diwakili peguam Kartini Mansor.

Di mahkamah sama, pasangan suami isteri, Lee Wai Keong, 41, dan Ho Siew Hong, 38, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memperdagangkan manusia bagi tujuan eksploitasi buruh paksa iaitu menggunakan kekerasan terhadap dua wanita warga Indonesia.

Kedua-dua tertuduh didakwa menggunakan kekerasan terhadap Layam, 32, dan Leonardo Davincie, 28, di Restoran Fancy Mee, No 1, Taman Lekir Baru, Jalan Raja Omar, Sitiawan antara 2 Mei 2015 dan 3 Mac lepas.

Kedua-dua pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Norashima kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap seorang bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin serta menetapkan 26 Mei untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Raja Permaisuri Agong Sempurnakan Pelancaran Kapal KD Tunku Laksamana Abdul Jalil

Raja Permaisuri Agong Sempurnakan Pelancaran Kapal KD Tunku Laksamana Abdul Jalil

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Raja, Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal KD Tunku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd