• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Mahu Idea Tingkatkan Khidmat, Jimatkan Kos

oleh AK-47
11/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengalu-alukan idea kreatif dan inovatif warganya yang dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat serta mengurangkan kos, kata Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Buat permulaan, katanya, beliau akan bertemu dengan pegawai-pegawai muda KKM yang mempunyai idea-idea baharu yang boleh diketengahkan.

Beliau memberikan contoh pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dibuat Bahagian Pembangunan Latihan KKM yang bekerjasama dengan agensi seperti polis, tentera, bomba dan Institut Kemahiran Belia Negara dalam membaik pulih dan mengecat bangunan sebelum ini.

“Kerjasama ini secara langsung telah memberi penjimatan kepada kementerian kita sehingga 50 peratus dan idea-idea seperti ini perlu diperluaskan bagi memberi ruang untuk kita mengurangkan kos dan meningkatkan pencapaian dan produktiviti di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan KKM dan Majlis Bacaan dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IKR) di kementeriannya di sini hari ini.

Sebagai permulaan, katanya IKR itu ditandatangani Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.SubramaniamKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd