• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Sasar 150,000 Pelancong Dari Indonesia

oleh Ahmad Albab
11/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Perak menyasarkan kedatangan pelancong Indonesia ke negeri itu mencecah 150,000 orang tahun ini hasil daripada Misi Penggalakan Pelancongan Tahun Melawat Perak 2017 yang diadakan di Medan dan Jakarta selama tiga hari bermula Isnin lepas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata hasil misi penggalakan tersebut, kerajaan negeri menerima maklum balas positif daripada pemain-pemain industri pelancongan di Indonesia.

Katanya, misi anjuran kerajaan negeri menerusi Tourism Perak telah memfokuskan kepada beberapa tarikan utama antaranya makanan, taman tema khususnya Animation Park Studios (MAPS) dan penganjuran program bertaraf antarabangsa termasuk sukan serta seminar.

“Kita telah maklumkan kepada mereka (pemain industri pelancongan Indonesia) bahawa Perak antara destinasi yang agak terjangkau atau murah untuk dikunjungi selain Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.

“Selain itu, kelebihan Perak juga ialah ekopelancongan yang dapat menarik lebih ramai pelancong dari Indonesia untuk datang ke Perak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penutup program itu, di sini malam tadi.

Menurut Zambry, kerajaan negeri memberi tumpuan kepada negara jiran itu untuk mempromosi produk pelancongan yang terdapat di Perak kerana keakraban antara Kuala Lumpur-Jakarta selain adanya sokongan daripada Kawasan Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia, Thailand (IMT-GT).​​​​​​

“Saya melihat Indonesia mempunyai pasaran yang besar serta hubungan kekeluargaan yang ada (antara rakyat Malaysia dengan Indonesia) membolehkan pengunjung Indonesia datang ke Malaysia,” katanya.

Misi Penggalakan Pelancongan diadakan di Medan pada Isnin, manakala di Jakarta pada Rabu dan ia turut diselitkan dengan program ‘Perak Travel Mart & Business Session’ serta misi jualan selain mewujudkan dan menyediakan peluang untuk 60 ejen pelancongan Perak serta Indonesia meluaskan kerjasama.

Sementara itu, Pengarah Nusa Tour & Travel di Jakarta, yang hanya ingin dikenali sebagai Rosmawati, berkata beliau menyambut baik program anjuran kerajaan Perak itu kerana sebelum ini beliau tidak mengenali negeri Perak.

“Saya hanya tahu Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur. Sempena pembukaaan MAPS saya akan berusaha mempromosikannya kepada warga Indonesia selain menyarankan kepada pemerintah negeri untuk mengadakan ‘Fun Trip’ ke Perak,” katanya.

Pengarah Travel Yuk.com, Harry Isnaeni berkata misi penggalakkan berkenaan membolehkan beliau mengetahui bahawa Perak juga merupakan satu daripada lokasi yang harus dilawati jika melancong ke Malaysia.

“Saya berminat dengan dua produk pelancongan yang terdapat di Perak iaitu Kellie’s Castle dan Gua Tempurung kerana ia mempunyai tarikan tersendiri, jadi saya akan masukkan dua produk pelancongan ini di dalam pakej pelancongan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd