• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hebat Sangat Ke Punggung Kim K Sampai Jadikan Idol?

oleh Ahmad Albab
11/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

APA la hebat sangat punggung Kim Kardashian ni sampai ada yang sanggup berhabisan semata-mata kerana mahu memiliki punggung seumpama itu?

Itu yang berlaku kepada Jennifer Pamplona, 24, yang berasal dari Brazil. Dia seorang model dan pernah memperagakan fesyen untuk Versace tapi semua itu tidak cukup baginya.

Jennifer setakat ini telah menghabiskan wang sebanyak RM700,000 untuk melakukan pembedahan bagi kelihatan seperti idolnya itu.

Dia telah melakukan implant payu dara ketika berusia 17 tahun dan sejak itu empat pembedahan dilakukan untuk membuang empat tulang rusuk, sedut lemak, suntik punggung serta bibir dan pembedahan lain.

Selepas melakukan implan payu dara, Jennifer menjalani sembilan pembedahan dalam masa 24 jam di bawah program Body Transformation TV, dua tahun lalu.

Dia ditawarkan pembedahan terbabit selepas kematian kekasihnya, Celso Santebanes yang digelar sebagai Brazilian Human Ken Doll, yang meninggal dunia akibat Leukaemia pada 2014.

“Kini saya memutuskan untuk memiliki punggung lagi besar dari dia (Kim K). Saya jatuh cinta dengan pembedahan plastik sejak lama dulu dan selepas melihat Kim K, saya mahu kelihatan seperti dia..

“Saya memutuskan untuk tidak suka rupa saya dan saya lakukan pembedahan pada usia 17 tahun. Saya dibuli di sekolah disebabkan saya sangat kurus,” katanya.

Meskipun doktor memberitahunya bahawa badannya jenis kecil untuk kelihatan seperti Kim Kardashian namun dia terus mendesak doktor untuk melakukannya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KIM KARDASHIAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kim Kardashian Sempat Lagi Kunjungi White House

31/05/2018
0

WASHINGTON DC - Bintang realiti televisyen, Kim Kardashian dilaporkan mengunjungi Rumah Putih semalam, bagi membincangkan isu membabitkan pembaharuan sistem penjara....

Kasut Plastik Kim Undang Pembiakan Bakteria

21/05/2018
0

KASUT but plastik yang dipakai oleh Kim Kardashian telah menarik minat ramai namun tahukah anda, kasut berkenaan sebenarnya mengundang penyakit?...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd