• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembeli Kesal Pemaju Gagal Siap Projek Pangsapuri

oleh AK-47
10/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seramai 982 pembeli rumah pangsapuri di Taman Seri Molek Perdana, Plentong di sini, kecewa dengan sikap pemaju yang masih gagal menyiapkan projek tersebut, biarpun sebelum ini memberikan pelbagai ‘janji manis’.

Projek itu yang dikendalikan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mula dibina pada 2010 dan dijadual siap pada Mei 2013.

Ia mempunyai enam blok kediaman, masing-masing berkeluasan 700 kaki persegi hingga 2,000 kaki persegi, serta menawarkan antaranya kemudahan surau, taman permainan kanak-kanak dan kolam renang.

Projek berkenaan dijual antara RM50,000 dan RM250,000, bagaimanapun belum sempat rumah disiapkan, penduduk mendakwa bayaran bulanan kediaman itu sudah pun dibuat kepada pihak bank.

Seorang daripada pembeli, Mohd Fitri Yon, 35, berkata dia membeli rumah itu pada 2012 ketika SPNB mengadakan pameran perumahan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor di sini.

“Saya masa itu memang tertarik dengan iklan mereka kerana kita percayakan SPNB. Namun, selepas beberapa ketika, saya dimaklumkan rumah yang dijanjikan siap pada Mei 2013, terbengkalai.

“Kami kemudian merujuk perkara tersebut kepada SPNB tetapi diberitahu bahawa projek berkenaan telah dijual kepada sebuah syarikat pemaju swasta, Cosmic Master Development Sdn Bhd,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Seorang lagi pembeli, Tee Wee Kiong, 38 , berkata dia bersama beberapa lagi pembeli pernah melantik peguam untuk berjumpa dengan SPNB bagi menuntut penjelasan daripada mereka, namun tidak diendahkan.

“Saya antara pembeli awal rumah ini. Saya beli pada harga RM184,000 dan kini terpaksa membayar lebih RM700 setiap bulan kepada bank.

“Setiap kali kami menghubungi pemaju, alasan diberikan sama…projek ini ‘projek sakit’ dan perlu menunggu perkembangan lanjut,” katanya.

Mohd Firdaus Abdullah, 44, serta isterinya Roslinda Maznan, 36, pula berkata mereka dijanjikan dengan penyerahan kunci rumah sejak 2013 namun sehingga kini tidak direalisasikan.

Kedua-duanya juga memohon agar kerajaan negeri dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turun padang melihat sendiri projek berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Cosmic Master Development Sdn Bhd, Chok Kim Sin yang turut hadir ke tapak rumah berkenaan berkata projek itu hanya diambil alih oleh syarikatnya daripada SPNB pada 2015 dan memerlukan sedikit masa lagi untuk disiapkan.

“Ketika kita ambil projek ini, ia memang sudah berada dalam kategori ‘projek sakit’ dan saya mahu selamatkan projek ini. Pada masa ini, projek telah hampir 98 peratus siap dan bagi menyelesaikannya, saya juga sudah meminta kerajaan dan pihak berkaitan agar turun padang dan campur tangan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB, Datuk Ahmad Azizi Ali ketika dihubungi Bernama, berkata pihaknya sedang dalam perbincangan dengan Cosmic Master Development Sdn Bhd untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Kita akan cuba menyelesaikannya dalam bulan ini atau bulan depan kerana Cosmic Master ketika ini mengalami masalah kewangan. Namun, kita bersedia membantu mereka dan apabila ia selesai, barulah mereka dapat menyambung semula kerja-kerja pembinaan yang terbengkalai,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pangsapuri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

44 Maut Dalam Kebakaran Tujuh Blok Pangsapuri Di Hong Kong

44 Maut Dalam Kebakaran Tujuh Blok Pangsapuri Di Hong Kong

27/11/2025
0

HONG KONG - Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee pada awal Khamis berkata kebakaran di Wang...

Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat 15 Pangsapuri

Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat 15 Pangsapuri

29/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 15 sebuah pangsapuri di Bandar Kajang, pagi tadi. Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd