ALAHAI… ‘bersemut’ kami tengok kebahagiaan pasangan selebriti Aeril Zafril dan Wawa Zainal yang tidak pernah lokek berkongsi momen-momen manis mereka buat tatapan peminat.
Jika dahulu, video pasangan ini menari menggunakan rima lagu dari filem hindustan terkenal, Kaho Na Pyar Ya Hair lakonan Hitrik Roshan dan Amesha Patel di Lombok, Indonesia menjadi tular di media sosial.
Terbaharu, aksi pasangan popular ini sekali lagi mendapat perhatian apabila merakamkan tarian mereka menggunakan lagu hindustan kegemaran rakyat Malaysia, Kuch Kuch Hota Hai.
Lebih manisnya, pasangan ini memilih untuk merakamkan tarian ala Bollywood itu berlatar belakangkan keindahan Kashmir, India dengan bantuan beberapa penari kanak-kanak yang berasal dari negara itu.
Apa yang comelnya, penari kanak-kanak berasal dari Kashmir itu turut memperagakan baju Melayu dengan pelbagai tona warna.
Pendek kata, memang wow habis la video tarian mereka!
Produksi yang merakam video Aeril dan Wawa juga bukan calang-calang iaitu pihak CST yang cukup terkenal merakam video dan gambar perkahwinan artis tanah air Malaysia.
Difahamkan, pasangan ini ke negara itu kerana menjalani penggambaran koleksi raya mereka bersama sebuah butik terkenal.
Pasangan romantis ini berkahwin pada 25 Februari 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar, 4, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 2 tahun. – MYNEWSHUB.CC