• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong N.Sembilan Mula Banjiri Kaunter Tiket

oleh Ahmad Albab
10/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Bahang kehangatan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Negeri Sembilan dan Pahang semakin terasa apabila penyokong skuad Hobin Jang Hobin mula beratur di kaunter jualan tiket di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi dekat sini, seawal pukul 8.30 pagi tadi.

Tinjauan Bernama mendapati suasana di sekitar perkarangan stadium dilihat teratur dengan orang ramai sabar menunggu giliran walaupun dalam keadaan cuaca hujan renyai dan ada juga penyokong yang membawa keluarga untuk bersama-sama membeli tiket.

Difahamkan, setakat pukul 2 petang tadi sebanyak 6,300 keping tiket telah dijual.

Abdul Hadi Uyub, 42, berkata dia dan keluarga sanggup datang dari Putrajaya bagi memastikan mereka mendapat tiket menyaksikan perlawanan Sabtu ini.

“Saya dan anak perempuan saya menyokong pasukan Pahang tetapi isteri dan dua anak lelaki menyokong Negeri Sembilan, jadi pasukan mana pun yang akan menang tidak menjadi masalah bagi kami,” katanya kepada Bernama.

Seorang lagi penyokong Negeri Sembilan, Izzat Emir Roshizan, 23, dari Nilai berkata beliau berharap agar tuah menyebelahi pasukan Hobin Jang Hobin itu untuk mara ke peringkat akhir Piala FA.

“Saya datang dari pukul 9.45 pagi tadi dan beratur agak panjang juga dan kami sangat bersemangat untuk menyokong pasukan Negeri Sembilan,” katanya.

Bagi Muhammad Fuad Fajar, 27, pula dia telah membeli 25 tiket bagi menyaksikan perlawanan kali ini bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Harapan saya, memandangkan Negeri Sembilan ketinggalan 1-0, diharap untuk perlawanan Sabtu ini, pasukan Negeri Sembilan dapat mendahului dan layak ke peringkat akhir,” katanya.

Difahamkan, sebanyak 45,000 tiket bagi perlawanan separuh akhir kedua Piala FA membabitkan Negeri Sembilan dan Pahang dijual bermula pukul 10 pagi hingga 7 malam hari ini, manakala Jumaat dan Sabtu dari 3 petang hingga 7 malam.

Tiket-tiket dijual pada harga RM10 bagi terbuka dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak, manakala harga tiket berbumbung RM20 bagi dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Negeri Sembilan menentang Pahang dijadualkan berlangsung Sabtu ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bermula pukul 9 malam.

Dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 30 April lepas, pasukan Tok Gajah menewaskan skuad Rusa 1-0 menerusi gol sendiri pemain Negeri Sembilan, Annas Rahmat pada minit ke-81. – BERNAMA

Tags: tiket
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

59,000 Tiket Separuh Akhir Piala AFF Licin Terjual

59,000 Tiket Separuh Akhir Piala AFF Licin Terjual

05/01/2023
1

PETALING JAYA – Laris bagai ‘pisang goreng panas’ apabila tiket separuh akhir Malaysia menentang Thailand dalam Piala Persekutuan Bola Sepak...

Tiket Konsert Terakhir Boyzone Laris

12/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Lebih 5 ribu penonton dijangka membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam pada 14 Jun ini bagi menyaksikan kumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd