• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Exco PAS Diberi Gelaran ‘Datuk’ Azmin Tiada Dalam Senarai..!

oleh Ahmad Albab
12/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Dua wakil rakyat PAS adalah antara penerima darjah kebesaran sempena ulang tahun ke-69 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, walaupun spekulasi bertiup kencang bahawa Azmin Ali berada dalam senarai.

Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi, yang juga anggota exco Selangor, akan menerima anugerah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Seramai 102 penerima akan menerima anugerah masing-masing daripada Sultan Sharafuddin di Istana Alam Shah di sini, Khamis.

Pada Rabu, spekulasi bahawa Azmin akan diberi anugerah yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ oleh Sultan Selangor telah dinafikan oleh satu sumber.

Sebuah portal dalam talian melaporkan bahawa Menteri Besar Selangor akan termasuk dalam senarai penerima anugerah itu.

Bagaimanapun, sumber itu berkata Azmin tidak akan diberikan sebarang anugerah pada ketika ini.

Spekulasi ini berlegar di internet sehari selepas gelaran ‘Datuk Seri’ Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditarik balik oleh Sultan Selangor.

Istana Selangor dalam satu kenyataan pada minggu lepas berkata keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar kerana beliau telah ‘berulang kali mempersoalkan integriti Sultan Sharafuddin dan institusi diraja dalam krisis menteri besar baru-baru ini.’
– mStar Online

Tags: Kerajaan SelangorSultan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

01/06/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menzahirkan setinggi-tinggi...

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd