• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hab Telekomunikasi Cyberport Di Cyberjaya Mula Berfungsi

oleh Ahmad Albab
11/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cyberport pembawa neutral bersepadu sepenuhnya pertama di Malaysia, yang menawarkan Satellite Teleport, IP Gateway dan Tier 3 Pusat Data di Cyberjaya, kini mula berfungsi.

Kemudahan rangkaian dan binaan data bernilai RM100 juta itu yang dimiliki dan dikendalikan TSG International (TSGI), menawarkan fleksibiliti dan pilihan spektrum telekomunikasi yang luas.

Ia meliputi komunikasi satelit, teleport, keupayaan penyiaran perkhidmatan penuh, akses kepada pelbagai jenis satelit di orbit geopegun, sambungan global, perkhidmatan serantau ‘Very Small Aperture Terminal’ (VSAT) dan hos aplikasi lokasi bersama server di tapak.

TSGI, anak syarikat milik penuh TSGlobal Network Sdn Bhd (TSGN), merupakan penyedia penyelesaian dan teknologi satcom utama Malaysia dengan kehadiran di rantau Asean termasuk Indonesia dan Brunei.

Dalam satu kenyataan kepada Bernama, Pengerusi TSGN Datuk Hod Parman berkata Cyberport menawarkan perkhidmatan Pusat Pemantauan Rangkaian 24 jam, tujuh hari seminggu melalui 17 antena besar dan 40,000 kaki persegi pusat data yang disambungkan dengan semua syarikat telekomunikasi utama.

Keupayaan pengehosan pusat data kemudahan berkenaan diunjurkan berganda menjelang 2017, katanya.

“Cyberport kami menawarkan beberapa kemudahan penghantaran data dan penerimaan melalui satelit dan fiber.

“Dengan pemantauan sepanjang tahun dan operasi sokongan yang disediakan oleh pasukan kejuruteraan dan operasi yang berpengalaman, kami membolehkan pelanggan memusatkan rangkaian, aplikasi dan keperluan kandungan keperluan mereka, semua dalam satu lokasi,” kata Hod.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TSGN Kent Ho berkata dengan perkhidmatan satelitnya yang kualiti yang tinggi, Cyberport menawarkan alat yang efektif dan fleksibel kepada pelanggan untuk mengembang dan meningkatkan operasi mereka di peringkat serantau dengan cara yang kos efektif.

“Projek Permulaan 3 (EPP 3) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Perkhidmatan Perniagaan Program Transformasi Ekonomi Malaysia (ETP) telah mengenal pasti perniagaan pusat data sebagai penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi negara, dengan unjuran sektor ini akan menyumbang RM2.4 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) dan mewujudkan kira-kira 13,000 pekerjaan menjelang 2020.

Menurut perangkaan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), industri pusat data Malaysia meneruskan trend meningkat, mencatatkan lebih RM630 juta dalam pendapatan pada 2013, naik 40 peratus berbanding 2012.

Pada 2013 terdapat 23 penyedia pusat data di bawah EPP3 ETP yang menjana RM630 juta, melepasi unjuran yang disasarkan sebanyak RM563 juta sebanyak 12 peratus. – BERNAMA

Tags: Telekomunikasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Telco Usaha Atasi Masalah Internet Perlahan Musim PKP

05/04/2020
0

KUANTAN - Semua 13 syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini sedang berusaha menambah baik capaian internet di kawasan perumahan yang...

Pakej Khas Internet Percuma Bernilai RM600 Juta

27/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan pakej khas membabitkan pemberian internet percuma kepada semua pelanggan syarikat telekomunikasi, bermula 1 April depan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd