• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cabaran Hoki Raih Slot Dunia, Kekal Emas Sukan SEA

oleh AK-47
09/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad hoki negara mempunyai misi serampang dua mata apabila memikul tugas berat memburu slot Piala Dunia dalam saingan Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Wanita Dunia (WHWL) di Brussel, Belgium dan mengekalkan pingat emas Sukan SEA di Kuala Lumpur.

Ketua jurulatih negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata ekoran dua kejohanan besar berturut-turut itu anak buahnya berkemungkinan berdepan risiko kepenatan fizikal dan mental kerana memikul tekanan yang tinggi selepas beraksi di Belgium pada 21 Jun hingga 2 Julai.

Kurang daripada lapan minggu kemudian, anak buahnya itu perlu pula bersiap sedia menghadapi aksi Sukan SEA pada 19-30 Ogos.

Namun Muhammad Dharma berkata skuad negara tetap optimis mempertahankan pingat emas di temasya Sukan SEA walaupun fokus utama adalah di WHWL yang merupakan peluang terakhir memburu slot untuk beraksi di Piala Dunia 2018 di London.

Muhammad Dharma menjelaskan persiapan rapi yang dibuat bagi menghadapi WHWL secara tidak langsung membantu meningkatkan lagi tahap kecergasan dan motivasi anak buahnya menjelang Sukan SEA.

“Buat masa ini segala tumpuan kita adalah untuk WHWL kerana itu adalah peluang terakhir kita untuk layak ke Piala Dunia 2018 di London, dan selepas pulang dari Belgium baru kita akan bersiap sedia menghadapi Sukan SEA.

“Kita telah diberi tanggungjawab dan amanah pada Sukan SEA, oleh itu walau apa jua yang berlaku, kami tetap akan laksanakannya,” katanya kepada pemberita pada sidang media Program Kita Juara bersama pasukan hoki wanita negara di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Dharma berharap kempen WHWL yang berlangsung pada Ramadan dan Syawal ini tidak akan menjejaskan prestasi pemainnya.

“Saya tahu betapa susahnya untuk pemain beraksi pada Ramadan selain terpaksa menyambut kedatangan 1 Syawal di perantauan. Saya harap pemain boleh tumpukan sepenuhnya perhatian dan menyesuaikan diri dengan cepat,” katanya.

Sementara itu, pakar pukulan sudut penalti negara, Noraini Abd Rashid turut menyuarakan keyakinannya terhadap kemampuan pasukan negara mengekalkan pingat emas Sukan SEA di laman sendiri.

“Secara keseluruhannya pasukan negara adalah yang terbaik di Asia Tenggara, namun kami tidak memandang rendah keupayaan pasukan lain. Kami akan bermain seperti biasa dan saya yakin kami mampu untuk mengekalkan pingat emas yang dimenangi di Singapura dua tahun lepas,” katanya. – BERNAMA

Tags: hokiMuhammad Dharma Raj Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd