• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jokowi Enggan Ampunkan Pengedar Dadah

oleh Ahmad Albab
11/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jakarta – Presiden Jokowi semalam berikrar tidak memberikan pengampunan kepada pengedar dadah yang dihukum mati, termasuk beberapa warga asing.

Berdepan dengan kritikan kumpulan hak asasi manusia, Jokowi berkata, seramai 64 orang yang disabitkan kesalahan mengedar dadah akan menghadapi skuad penembak tepat bagi menjalani hukuman mati.

“Tiada pengampunan bagi isu ini,” katanya di depan kumpulan pelajar di Jogjakarta.

Kenyataan itu menghapuskan harapan sesetengah pihak untuk melihat Jokowi – yang dilantik sebagai presiden Oktober lalu – bersikap lebih lembut terhadap pesalah dadah.

Turut menunggu masa ditembak mati ialah dua warga Australia, Andrew Chan dan Myuran Sukumaran, yang menjadi sebahagian daripada kumpulan “Bali Sembilan” untuk menyeludup heroin ke Indonesia.

Seorang lagi warga asing ialah nenek dari Britain, Lindsay Sandiford, yang cuba membawa masuk kokain.

Kata Jokowi, dia percaya semua pihak menyedari Indonesia kini menghadapi darurat dadah.

Katanya, ada sehingga 50 anak muda Indonesia mati setiap hari akibat penyalahgunaan dadah, selain wujud 4.5 juta penagih di negara itu.

Sementara itu anggota Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia, Roichatul Aswidah berkata, kenyataan Jokowi itu mengejutkan.

“Hak seseorang untuk hidup tidak boleh dihadkan atas apa sebab sekali pun,” katanya. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=akUJsKBN5Fs

Tags: Jokowi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jokowi Makan Di Warung Kaki Lima

Jokowi Makan Di Warung Kaki Lima

02/06/2023
0

JOGJAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) makan di warung kaki lima yang menjadi legenda di Jogjakarta milik Pak Pele...

Jokowi Dakwa Kadar Inflasi Negara Semakin Baik Walaupun Harga Minyak Naik

Jokowi Dakwa Kadar Inflasi Negara Semakin Baik Walaupun Harga Minyak Naik

12/10/2022
0

JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) berkata bahawa kadar inflasi di Indonesia masih terkawal walaupun selepas kenaikan harga bahan api...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd