• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dayang Nurfaizah Nyanyi Lagu Tema Sukan SEA 2017

oleh
09/05/2017
dalam Artis, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi Dayang Nurfaizah diberi penghormatan menyanyikan lagu tema Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 atau Kuala Lumpur 2017.

Lagu itu adalah hasil gubahan komposer terkenal Ramli MS.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata bersempena tempoh 100 hari menjelang temasya Sukan SEA 2017, rakyat Malaysia dipelawa untuk menyumbang idea bagi lirik lagu tema itu menerusi laman sosial dengan hashtag #laguKL2017.

“Saya dan Datuk Ramli sudah berbincang dan kita mahukan lirik disumbangkan rakyat. Saya harap rakyat Malaysia menghantar lirik melalui Twitter, Facebook dan Instagram masing-masing dengan meletakkan hashtag #laguKL2017 untuk Datuk Ramli gunakan ayat-ayat atau perkataan daripada rakyat bagi menggubah lagu tema KL 2017 kali ini,” katanya kepada pemberita.

Khairy sebelum itu melancarkan majlis kiraan detik 100 hari menjelang penganjuran Kuala Lumpur 2017, di sini hari ini.

Khairy berkata penglibatan seluruh rakyat Malaysia dalam pembikinan lagu tema itu akan menyemarakkan lagi penganjuran Sukan SEA dari 19 hingga 30 Ogos dan Sukan Para ASEAN dari 17 hingga 23 September ini.

Pernah memenangi anugerah dalam kerjaya seninya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty ialah penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak yang terkenal dengan lagu seperti ‘Lelaki Teragung’, ‘Di Pintu Syurga’ dan ‘Erti Hidup’.

Kuala Lumpur selaku tuan rumah penganjuran Kuala Lumpur 2017 buat julung kali meraikan kiraan detik 100 hari menjelang temasya dwitahunan itu dengan penglibatan orang ramai hari ini.

Bagi gimik majlis itu, Khairy bersama lebih 20 atlet negara menaiki bas dua tingkat dari stesen LRT Bangsar menuju KL Sentral.

Majlis dianjurkan Jawatankuasa Pengelola Malaysia bagi Kuala Lumpur 2017 itu turut memperkenalkan dua penaja baharu iaitu Malaysian Resources Corporation Bhd. dan Prasarana Malaysia Berhad. – Bernama/HAA

Tags: Dayang NurfaizahSukan SEA 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Laporan Audit: Sukan SEA 2017 Lemah Pengurusan Perolehan

02/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Penganjuran Temasya Kuala Lumpur 2017 secara keseluruhannya dilaksanakan dengan cemerlang, namun terdapat beberapa kelemahan berkaitan perancangan dan...

AJL33: Hael, Ezra Kong Rangkul Anugerah Lagi

04/02/2019
0

LAGU ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Haram muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33) yang berlangsung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd