• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadi Duta Lebih Untung Daripada Jual Produk Sendiri

oleh Ahmad Albab
09/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKARANG ini sudah menjadi kebiasaan apabila artis yang sedang meningkat naik menceburi bidang perniagaan, termasuklan menghasilkan produk keluaran sendiri.

Tetapi, lain pula bagi pelakon yang dikatakan mirip dengan wajah Nora Danish, Runainies apabila dia memilih unutk menjadi duta produk keluaran syarikat lain.

Sebagai tanda komitmen, pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu juga sanggup membungkus produk itu apabila dipilih menjadi penghias wajah barangan yang diwakili.

“Sejujurnya, pendapatan sebagai duta lebih menguntungkan berbanding menghasil dan menjual produk sendiri.

“Lebih-lebih lagi jika nama tersenarai dalam Top 5 sesuatu majlis anugerah. Kita pasti menjadi tumpuan syarikat pengeluar produk,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Ruhainies, 24, dia juga sudah mula memperlahankan pengeluaran dan promosi produk kecantikan miliknya, Ruhainies Rosysecret.

“Bukan saya berhenti terus, tetapi buat sementara ini saya mahu fokus kepada produk orang dahulu. Tak ada masa untuk promosi produk sendiri.

“Nanti bila sudah tak laku sebagai duta, saya akan teruskan kembali menjual dan mempromosi produk keluaran sendiri,” katanya.

Menurut Ruhainies, sebelum menjadi duta kepada mana-mana produk, dia akan memastikan produk tersebut benar-benar selamat dan berkesan bagi menjaga nama baiknya sebagai selebriti yang dikenali ramai.

“Ramai peniaga sudah sedia maklum nilai yang saya tentukan untuk menjadi duta produk mereka. Namun paling penting saya perlu cuba dahulu sebelum bersetuju untuk bekerjasama.

“Saya tak terima sebab duit semata-mata melainkan saya berpuas hati selepas mencuba sesuatu produk itu,” jelas Ruhainies.

Tambahnya lagi, dia akan berehat sebagai pelakon selama sebulan pada Ramadan ini kerana mahu fokus dan sudah terikat dengan komitmen sebagai duta dan aktiviti membuat penampilan khas. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Runainies
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd