• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terpulang Kepada PAS Untuk Bersatu Dengan UMNO

oleh AK-47
08/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – “Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno,” kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung cadangan supaya kedua-dua parti itu bersatu.

Beliau berkata UMNO adalah parti inklusif yang sedia mendengar dan memberi peluang jika PAS ingin kembali kepada UMNO dengan ikhlas dan jujur.

“Kita sebuah parti inklusif seperti yang disebut Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) di Sabah baru-baru ini dan belum terlambat lagi (untuk PAS kembali kepada UMNO).

“Walaupun telah terlanjur, boleh pulang ke pangkuan,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai cadangan supaya PAS kembali menjadi Biro Agama UMNO sempena sambutan ulang tahun ke-71 UMNO pada Khamis ini (11 Mei).

Menurutnya kedua-dua parti itu tidak mempunyai masalah dan terpulang kepada pucuk pimpinan PAS jika langkah itu difikirkan perlu untuk kebaikan negara, orang Melayu dan umat Islam.

Tengku Adnan berkata beliau juga pasti Anggota Majlis Tertinggi dan Lembaga Disiplin UMNO akan meneliti perkara itu.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui kehadiran beliau pada majlis pelancaran program tukun tiruan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada 4 Mei adalah permulaan kepada politik matang antara parti itu dan kerajaan Barisan Nasional (BN). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorPASUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Biro Politik UMNO yang berlangsung malam tadi menghormati Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN)...

UMNO Negeri Sembilan Gesa Adakan Sidang DUN Khas Segera

UMNO Negeri Sembilan Gesa Adakan Sidang DUN Khas Segera

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan menggesa Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri diadakan segera bagi menangani krisis politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd