• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mak Ai: Siswa Pokai Gila Shopping?

oleh AK-47
08/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATU ketika dulu, gempar isu mahasiswa dilaporkan hidup susah hingga mengemis makanan yang disediakan NGO.

Konon kos sara hidup yang meningkat di kampus-kampus sekitar kota besar antara punca mahasiswa hidup melarat.

Sejak itu, masyarakat tertanya-tanya: “Apakah benar seteruk itu keadaan hidup mahasiswa? Apakah wang pinjaman PTPTN terlalu kecil hingga mahasiswa hidup sedaif itu?”

Dalam satu dialog khas diadakan dengan 47 mahasiswa pelbagai universiti tempatan di satu bengkel tertutup, jawapan yang diberikan amat mengejutkan.

“Mengaku selalu kurang duit, tapi tiap minggu Zalora, Lazada segala macam. Bangga sebab parcel sampai depan pintu asrama. Tiap kali event, tak pernah baju yang sama. Bergaya sakan!”

Ini pendedahan mahasiswa yang memberikan maklum balas setelah diminta berkongsi realiti disebalik isu ini.

Malah lebih ironik, sikap hidup gilakan trend ini macam satu racun baharu yang melanda dunia kampus. Lebih mengejutkan, trend gila berbelanja ini menggunakan wang bantuan pendidikan.

“Bising kata kerajaan abaikan mahasiswa. Hakikatnya diri sendiri yang salah guna bantuan diberi. Bila diminta beri pandangan, kunci mulut undur kebelakang.” Dedah mahasiswa lain.

Masing-masing nampak sepakat menafikan bahawa isu kekurangan wang pinjaman antara punca mahasiswa terpaksa hidup dengan bantuan makanan NGO dari luar kampus.

“Lepas shopping, luah di media sosial. Konon hebat sebab kisah sedihnya dapat retweet, serta banyak like semata-mata.”

Benarkah ini trend gaya hidup mahasiswa kita? Ini input solid yang didedahkan bertubi-tubi oleh kumpulan mahasiswa yang hadir dalam Bengkel Soal Selidik Dapatan Maklumat ini.

Majoriti peserta berasa malu kerana, isu kemelaratan mahasiswa dihebohkan secara bermuslihat dalam media sosial.

Sikap tidak bertanggung jawab ini, memalukan mahasiswa dan tidak adil apabila kerajaan pula dipersalahkan.

“Tak patut tuduh mahasiswa ditindas. Hakikatnya, kau yang menindas diri sendiri. Berbelanja serupa orang bergaji besar,” kata wakil mahasiswa sebuah universiti di selatan tanahair.

Kesimpulan, peserta bersetuju: “Hentikan sikap menuding jari menyalahkan orang lain. Ubahlah diri sendiri. Mahasiswa harus sedar, tujuan hidup mereka ialah belajar. Bukan bergaya macam anak orang kaya!” – MYNEWSHUB.CC

#laskarmalaya

Tags: isu mahasiswaSHOPPING
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Destinasi ‘Shopping’ Pilihan Wanita Muslim

29/10/2019
0

MALAYSIA mendahului senarai 10 negara paling popular di seluruh dunia sebagai destinasi pilihan untuk wanita Muslim melancong dan berbelanja. Memetik...

Pusat Beli-Belah Banyak, Pengunjung Tiada

15/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Kadar penghunian sebenar di pusat membeli-belah di Lembah Klang mungkin serendah 40 peratus di beberapa kawasan, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd