• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand Tempah Slot Ke Final Piala AFF Suzuki 2014

oleh Ahmad Albab
10/12/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara tiga kali, Thailand menempah slot ke final Piala AFF Suzuki 2014 selepas membenam Filipina 3-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand, malam ini.

Kemenangan itu menyaksikan Thailand mara dengan agregat 3-0 selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Memorial Rizal, Manila, Filipina pada Sabtu lepas.

Pada aksi malam ini, Thailand jelas menguasai babak awal perlawanan dengan kerap melakukan asakan ke kubu skuad ‘The Azkals’ kendalian jurulatih dari Amerika Syarikat, Thomas Dooley.

Hasilnya, mereka berada di hadapan seawal minit keenam menerusi Chanathip Songkrasin yang melepaskan rembatan kencang dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Filipina, Patrick Deyto.

Tersentak dengan gol tersebut, Filipina kembali menyusun permainan bagi mencari gol penyamaan namun kekebalan benteng pertahanan Thailand menyaksikan keputusan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Thailand yang mendapat jolokan ‘Gajah Perang’ meneruskan asakan dan berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-57 menerusi Thawikan Kroekrit yang menggelecek pertahanan pelawat sebelum mudah menewaskan Deyto.

Nasib malang menimpa Filipina yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Martin Steuble diperintah keluar padang oleh pengadil selepas mengutip kad kuning kedua pada minit ke-82.

Kesempatan tersebut digunakan Thailand untuk mendominasi perlawanan dan menambah gol ketiga menerusi Kroekrit, selang empat minit kemudian untuk keputusan itu kekal sehingga perlawanan tamat.

Thailand akan berdepan sama ada Malaysia atau Vietnam pada aksi final yang diadakan mengikut format timbal balik pada 17 dan 20 Disember ini.

Malaysia akan bertemu Vietnam pada separuh akhir kedua di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, esok bagi menentukan slot ke final.

Pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, Ahad lepas, Vietnam mengalahkan Malaysia 2-1. – BERNAMA

Tags: Piala Suzuki AFF
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe Gesa Tiada Kesilapan Mudah Bertemu Vietnam

12/12/2021
0

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menuntut pemain negara agar tidak melakukan kesilapan mudah sewaktu berdepan Vietnam dalam aksi...

Kenangan Semi Final Piala AFF 2014 Di Hanoi Jadi Inspirasi Farizal

14/12/2018
0

HANOI – Istilah yang selalu didengari dalam bola sepak, ‘bola itu bulat, macam-macam boleh jadi’. Itulah yang berlaku pada kejohanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd