• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MSPUT Terus Cemerlang Bantu Usahawan

oleh AK-47
08/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) telah menyalurkan RM489.481 juta pembiayaan perniagaan kepada 33,476 usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Pengerusinya, Nawi Mohamad berkata peningkatan jumlah pembiayaan perniagaan MSPUT sebanyak RM3 juta sepanjang tahun lalu berbanding RM486.261 juta pada 2015, membuktikan kecemerlangan dan komitmen yang disumbangkan semua agensi di bawah MSPUT.

“MSPUT yang ditubuhkan pada Januari 2014 adalah gabungan lebih 20 jabatan dan agensi kerajaan berkaitan keusahawanan untuk menyelaraskan bantuan dan membangunkan perniagaan mereka secara lebih menyeluruh dan efektif.

“Antara anggota majlis sekretariat tersebut ialah SME Corporation Malaysia, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Kraftangan Malaysia serta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

“Sejak 2014, pelbagai penambahbaikan dilakukan MSPUT bagi memperkasakan IKS Terengganu serta meramaikan lagi penyertaan rakyat negeri ini dalam aktiviti keusahawanan dan tahun ini keanggotaan MSPUT bertambah kepada 32 agensi yang akan terus memperkukuhkan asas ekonomi bumiputera di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Laporan Pencapaian Program MSPUT 2016 di sini hari ini. Turut hadir Setiausaha MSPUT merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Dr Tengku Khairi A Rahman.

Nawi yang juga Exco Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri berkata pembiayaan terbesar untuk IKS itu ialah melalui Amanah Ikhtiar Malaysia iaitu RM273.4 juta kepada 29,188 usahawan.

“Majlis Amanah Rakyat pula menyalurkan RM48.2 juta kepada 432 usahawan IKS diikuti SME Bank (RM22.5 juta kepada 23 IKS) dan Tekun (RM41.5 juta kepada 3,172 IKS).

“Selain itu, MSPUT juga telah menyalurkan RM7.7 juta geran perniagaan kepada 664 IKS bagi membantu mereka meningkatkan lagi produktiviti syarikat masing-masing,” katanya.

Sepanjang tahun lalu juga, MSPUT telah mengadakan 504 program latihan kepada 36,435 usahawan dan 166 program promosi kepada 7,184 usahawan, katanya.

Sementara itu, Tengku Khairi berkata MSPUT menyasarkan 7,000 usahawan baharu dapat dilahirkan di Terengganu sebelum akhir tahun ini.

“Mengikut rekod MSPUT, lebih 1,000 usahawan baharu telah mendaftar setakat suku pertama tahun ini di mana kebanyakannya adalah peniaga dalam talian.

“MSPUT yakin dapat mencapai sasaran itu di mana lebih banyak pendedahan akan diberi kepada mereka yang berminat menjalankan perniagaan sepanjang Minggu PKS Terengganu 2017 berlangsung pada 17 hingga 21 Mei depan,” katanya. – BERNAMA

Tags: MSPUTNawi MohamadTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd