• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Hargai Tugas Media Di Pemakaman Ayahandanya

oleh AK-47
07/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk petugas media dalam melaporkan urusan pemakaman Almarhum Sultan Azlan Shah pada 28 Mei lepas.

Baginda melahirkan penghargaan tinggi kepada mereka yang begitu tinggi budi dan pekerti dalam menggalas tugas menyampaikan berita tentang kemangkatan Almarhum.

“Beta pohon dihalalkan setiap keringat yang dititiskan ke bumi dan setiap tenaga yang digunakan semasa memenuhi tanggungjawab itu.

“Beta disembah maklum, sebahagian daripada para petugas tidak dapat hadir di majlis ini kerana pada masa ini diperlukan bertugas di tempat tertentu.

Sampaikan salam terima kasih Beta sekeluarga,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Jamuan Teh Diraja bagi menghargai Petugas-Petugas Istiadat Pemakaman Almarhum Sultan Azlan Shah, di perkarangan Istana Iskandariah di sini hari ini.

Sultan Nazrin turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar,  Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan, Kerajaan Negeri, Kementerian Penerangan, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, agensi penyiaran serta media, jabatan, institusi, pertubuhan dan individu yang terlibat secara tertera atau terselindung dalam mengendalikan urusan pemakaman.

Baginda melahirkan rasa terharu melihat ramai rakyat dari pelbagai lapisan, pegangan agama dan kaum menziarahi jenazah Almarhum.

“Dalam kalangan mereka ada yang uzur, warga emas, bertongkat, dipapah, berkerusi roda, berpakaian lusuh, berjalan kaki, mendaki bukit serta memanjat tangga istana, tetapi berhati cekal untuk menziarahi dan mendoakan kesejahteraan jenazah Almarhum.

“Beta percaya kebanyakan mereka tidak pernah menemui Almarhum secara  peribadi semasa hayat Almarhum, tetapi secara khusus mereka telah mempamerkan semangat kasih setia rakyat kepada Raja Pemerintah yang telah mangkat.

“Secara simboliknya, mereka mempamerkan sifat kesetiaan, mendukung kelangsungan institusi pemerintahan berteraskan raja,” titah baginda.

“Banyak pihak yang terlibat menguruskan istiadat pemakaman. Beta menyaksikan sendiri, tugas-tugas berat yang dilaksanakan oleh begitu ramai petugas, menguruskan perjalanan jenazah selamat sampai ke Istana Iskandariah, pelajar tahfiz yang tidak putus-putus membacakan ayat-ayat suci Al-Quran, kalangan yang menyiram dan mengapankan jenazah.

“Para jejawat yang setia berdiri di Balai Rong Seri sepanjang hari, para anggota yang mengusung Seraja Diraja dan mengiringi perjalanan terakhir jenazah dari istana ke tempat pemakaman, menyembahyangkan jenazah, menyemadikan jenazah di liang lahad, mentalkinkan dan mendoakan jenazah,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah setiap tugas dilaksanakan secara terbaik dengan semangat kasih sayang untuk memuliakan jasad seorang Sultan yang telah
mangkat.

Baginda bertitah kemangkatan ayahanda baginda itu telah memenuhi peranan sebagai seorang Raja Pemerintah yang berpegang teguh kepada konsep Raja Berperlembagaan.

“Almarhum dikenali sebagai seorang Raja Pemerintah yang amat berpegang kepada prinsip meluhurkan perlembagaan serta mendaulatkan undang-undang.

“Almarhum telah meninggalkan legasi pemerintahan yang wajib dijadikan rujukan. Almarhum telah melakarkan imej Raja Pemerintah yang disegani dan menyuntik kedaulatan takhta yang dihormati,” titah baginda.

Sultan Nazrin diisytiharkan sebagai Sultan Perak dalam istiadat pengisytiharan pelantikan di Istana Iskandariah pada 29 Mei.

Sultan Nazrin, 58, kini dikenali dengan gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Baginda merupakan putera sulung Sultan Azlan Shah.

Semalam berakhir tempoh berkabung selama 100 hari.- BERNAMA

Tags: Sultan Nazrin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

03/09/2025
0

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden seorang wanita cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sewaktu sambutan Hari...

Sultan Nazrin Berkenan Kurniakan Lat Sebagai Seniman Diraja

Sultan Nazrin Berkenan Kurniakan Lat Sebagai Seniman Diraja

08/07/2023
0

BATU GAJAH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menganugerahkan kartunis terkenal, Datuk Mohd Nor Khalid, atau lebih dikenali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd