• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nor Fadhilah Wanita Pertama Kumpulan CFO Di Telekom

oleh AK-47
08/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini mengumumkan pelantikan Nor Fadhilah Mohd Ali sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (GCFO), Kewangan Kumpulan, wanita pertama yang dipilih untuk jawatan berkenaan dalam syarikat telekomunikasi utama negara itu.

Datuk Kairul Annuar Mohamed Zam Zam pula dilantik sebagai Ketua Pegawai Strategi (CSO), berkuat kuasa 15 Mei, dalam barisan kepimpinan kumpulan untuk meneraju fasa baharu perjalanan transformasi berterusan syarikat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly berkata pelantikan utama di bawah kepimpinan baharu TM itu adalah sebahagian daripada fasa baharu perjalanan transformasi berterusan syarikat sebagai Peneraju Pertumpuan Negara bagi meneruskan asas kukuh yang telah diwujudkan oleh Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa.

“Kami juga gembira kerana pelantikan ini membabitkan bakat-bakat dalaman yang telah dikenal pasti dalam pelan penggantian kepimpinan kami. Ini sejajar dengan hasrat TM untuk menjadi sebuah organisasi yang tangkas dan bertindak terhadap keperluan perniagaan dan pasaran,” katanya.

Selain GCFO dan CSO baharu, TM turut mengumumkan perubahan dalam jawatan pengurusan utama lain yang juga berkuat kuasa 15 Mei 2017.

Dengan pelantikan Kairul sebagai CSO, jawatan beliau sekarang akan diambil alih oleh Azizi A. Hadi sebagai Presiden Eksekutif bagi Akaun Terurus dan Mohd Roslan Mohd Rashidi sebagai Ketua Sektor Kerajaan TM, selain peranan Roslan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif GITN Sdn. Bhd.

Di VADS Bhd. (VADS), Nizam Arshad dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif VADS dan VADS Lyfe Sdn. Bhd. – BERNAMA

Tags: GCFO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd