• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

52 Remaja Geng 24 Didakwa Sertai Perhimpunan Haram

oleh Ahmad Albab
08/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Seramai 52 remaja dipercayai terbabit dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap Geng 24 dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan terlibat dalam perhimpunan haram di sekitar daerah ini bulan lepas.

Tiga daripada mereka yang berumur 15 dan 17 tahun mengaku bersalah manakala 49 yang lain berusia antara 15 dan 18 tahun minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah.

Enam daripada mereka menghadapi dua pertuduhan berikutan didakwa melakukan kesalahan itu di dua lokasi berasingan.

Prosiding di hadapan Majistret Nor Asma Ahmad dijalankan secara tertutup selama sejam.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama individu lain yang masih bebas terlibat dalam satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang, seperti yang dipaparkan dalam satu video perhimpunan upacara pemotongan kek dihiasi angka 24.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Andalas dan SMK Kampung Jawa, di SMK Raja Mahadi dan di belakang Sekolah Kebangsaan Simpang Lima, pada 20 dan 21 April lepas, antara 12.30 tengah hari dan 1.15 petang.

Pertuduhan ke atas mereka dibuat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Majistret Nor Asma membenarkan kesemua remaja terbabit dibebaskan dengan jaminan antara RM800 dan RM1,000 serta seorang penjamin setiap seorang.

Beliau turut menetapkan 6 Julai depan untuk sebutan dan jatuh hukum.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farif Syed Ali sementara pihak pembelaan diwakili peguam Gerard Lazarus, Dinesh Muthal, V. Muniandy, S. K. Pari dan Dev Anand.

Media sebelum ini melaporkan pada 20 April lepas, dua video memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai anggota Geng 24 menimbulkan kekecohan di luar sebuah sekolah di Klang, menjadi tular dalam media sosial.

Susulan itu, polis membuat beberapa siri tangkapan bermula 21 April lepas bagi menjejaki anggota geng kongsi gelap berkenaan. – BERNAMA

Tags: Geng 24Kongsi Gelapremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd