• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penunggang Motosikal Maut Langgar Jengkaut

oleh Ahmad Albab
09/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA SAMARAHAN – Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum melanggar sebuah jengkaut dalam satu kejadian di Km16 Jalan Kota Samarahan-Asajaya dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian itu mangsa Nurul Shahirah Siang, 23, maut di tempat kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk kepala.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, DSP Bingkok John berkata ketika kejadian wanita itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Muara Tabuan, Kuching ke rumahnya di Kampung Semerak Ulu Sadong Jaya.

“Polis menerima panggilan kira-kira 8.50 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian. Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas dipercayai telah terbabas dan melanggar sebuah jengkaut jenis Hitachi yang diletakkan di tepi jalan.

“Akibat daripada itu motosikal telah masuk ke bawah jengkaut itu dan mangsa telah meninggal dunia di tempat kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bingkok berkata siasatan lanjut kes itu sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautPenunggang Motosikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd