• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elak Ditangkap, Raja Dadah Buat Pembedahan Plastik

oleh
07/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Lagaknya bagaikan ditiru daripada filem aksi Hollywood ‘Face Off’ arahan John Woo, apabila seorang daripada raja dadah paling dikehendaki di Thailand membuatkan agensi penguatkuasaan dadah di negara itu tidak senang duduk, berikutan penampilannya yang kini berubah selepas menjalani pembedahan plastik, untuk mengelak daripada dikesan.

Difahamkan orang buruan ini mungkin sedang bergerak ke arah Kemboja atau Malaysia untuk mencari ‘tempat persembunyian baharu’ selepas lokasi persembunyiannya di Laos semakin tidak selamat baginya, susulan tindakan keras oleh pihak berkuasa di negara berkenaan baru-baru ini.

“Maklumat risikan kami menunjukkan bahawa dia telah pun menjalani pembedahan plastik bagi mengelak daripada ditangkap tetapi kami tidak tahu jenis pembedahan plastik yang dijalaninya,” kata Ketua Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) Thailand, Sirinya Sitdichai kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Menggunakan pembedahan plastik untuk mengubah rupa paras bagi mengelak daripada ditangkap bukanlah tidak pernah dilakukan sebelum ini atau hanya terhad kepada adegan filem semata-mata, seperti yang dibongkar pihak berkuasa Thai pada Julai lepas, apabila mereka menahan seorang lelaki warga Jepun berusia 62 tahun yang mengaku menjalani pembedahan plastik untuk mengelak daripada ditahan kerana kesalahan lampau.

Lelaki itu menjadi pelarian selama 10 tahun berikutan dakwaan memanipulasi saham di Jepun dan dihantar pulang selepas ditahan di Thailand.

Raja dadah Thai itu, yang disenaraikan sebagai penjenayah paling diburu dan dikehendaki di Thailand, melarikan diri daripada pihak berkuasa Thai selama lebih 10 tahun dan dipercayai sedang bersembunyi di Laos dan dia disyaki mendapat perlindungan daripada sindiket dadah tempatan yang sangat berkuasa.

Bagaimanapun, berikutan tindakan keras baru-baru ini oleh pihak berkuasa Laos, orang buruan yang membawa ganjaran dua juta Baht (kira-kira RM250,000) kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga dia berjaya ditahan itu kini terus melarikan diri, berkemungkinan dengan menjadikan sama ada Kemboja atau Malaysia sebagai tempat perlindungan yang berikutnya, menurut Sirinya.

“Kami telah menganalisis semua maklumat dan dia berkemungkinan pergi ke Kemboja, yang berdekatan dengan Laos atau ke Malaysia, di mana dia masih boleh mengharapkan kepada rangkaian dadahnya (untuk perlindungan),” katanya tentang lelaki yang diburu itu, berasal dari Narathiwat di selatan Thailand.

Pihak berkuasa Thai sebelum ini mendakwa orang buruan itu mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Thai dan Malaysia, yang mungkin memperjelaskan keutamaannya untuk memilih Malaysia sebagai ‘tempat perlindungan’ yang berikutnya.

Menurut Sirinya, raja dadah Thai itu disangkakan melarikan diri dari negara Indo China apabila agensi penguatkuasaan dadah Thai dan Laos mempertingkatkan kerjasama mereka yang membawa kepada penahanan seorang warga Laos yang diberi gelaran ‘Raja Dadah ASEAN’ di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada Januari.

Nyawa raja dadah selatan Thai itu semakin dalam bahaya selepas pihak berkuasa Laos menahan dua orang suruhan ‘Raja Dadah ASEAN’ pada awal tahun ini dan bulan lepas.

Sumber memberitahu Bernama bahawa orang buruan Thai itu kini menggunakan nama Laos yang baharu iaitu ‘Souk Xaysana’ dan mengahwini seorang wanita Laos, selain memiliki perusahaan perniagaan yang besar di negara itu, termasuk bilik pameran kereta, ladang getah, resort dan lombong emas serta tembaga. – BERNAMA

Tags: Raja DadahThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd