• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Baharu Kabinet Sarawak Angkat Sumpah

oleh
07/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Dua menteri penuh dan dua menteri muda Kabinet Sarawak mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri di sini hari ini.

Dua menteri penuh itu ialah Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan) dan Datuk Talib Zulpilip (Menteri di Jabatan Ketua Menteri bagi Integriti dan Ombudsmen).

Abdul Karim dan Talib sebelum ini adalah menteri muda tetapi dilantik menjadi menteri penuh dalam rombakan Kabinet negeri yang diumumkan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg semalam selepas berakhirnya konvensyen khas Jasamu Dikenang Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Dua menteri muda baharu yang mengangkat sumpah hari ini ialah Abdullah Saidol (Hal Ehwal Korporat di Pejabat Ketua Menteri) dan Snowdan Lawan (Belia dan Sukan).

Dalam rombakan Kabinet itu juga, pemangku Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dilantik sebagai timbalan ketua menteri Sarawak ketiga.

Beliau juga dilantik sebagai Menteri Kedua Pembangunan Bandar dan Sumber Asli, sambil mengekalkan portfolio sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan. – BERNAMA

Tags: Kabinet Sarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tidak Perlu Terburu-buru Bentuk Kabinet Negeri’

19/12/2021
0

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri. Malah,...

Senarai Penuh Kabinet Negeri Sarawak

19/01/2017
0

KUCHING - Berikut senarai penuh Kabinet negeri Sarawak yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini:...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd