• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Warga Asing Ditahan Di George Town

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis menahan 15 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam Op Pati yang dijalankan di tapak pembinaan sekitar daerah Timur Laut di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, SAC Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam operasi bersepadu bermula 9.30 pagi itu, pihaknya membuat pemeriksaan di empat tapak pembinaan iaitu Lebuh Katz, Jalan Nagore Ismail, Jalan Brown dan Changkat Minden Lorong 7, Gelugor di sini.

“Seramai 140 warga asing diperiksa dalam operasi itu dan kami menahan 15 orang daripada mereka kerana tiada dokumen perjalanan diri dan tinggal lebih masa,” katanya di sini, hari ini.

Katanya mereka yang ditahan terdiri daripada sembilan warga Myanmar termasuk seorang wanita dan masing-masing tiga lelaki Indonesia serta Bangladesh berumur 18 hingga 44 tahun, dipercayai bekerja di tapak pembinaan sejak beberapa bulan lepas.

“Semua yang ditahan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk didokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Juru bagi siasatan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Imigresenwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

10/09/2026
0

PREMIS perniagaan termasuk kedai runcit dan makanan yang dioperasikan oleh pekerja asing sudah tidak lagi asing di negara ini. Menggunakan...

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd