• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Termasuk Pasangan Kekasih Ditahan Edar Dadah

oleh Ahmad Albab
07/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan empat pengedar dadah termasuk sepasang kekasih dalam serbuan berasingan di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini pada Rabu dan Khamis.

Ketua Polis Daerah SPT, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis menahan sepasang kekasih berusia 19 dan 23 tahun di kawasan parkir Kondominium Mutiara, Bandar Perda kira-kira pukul 11 malam hari Khamis.

“Hasil pemeriksaan polis menemui dua bungkus ketulan daun kering mampat disyaki ganja dan sembilan paket ganja yang telah dibungkus semula untuk dijual, di dalam rumah sewa pasangan itu.

“Pasangan itu menjadikan rumah berkenaan sebagai tempat untuk menyimpan dan membungkus semula ganja sebelum dijual kepada pembeli mereka di sekitar daerah SPT,” katanya di sini hari ini.

Katanya, polis juga menahan seorang lelaki berusia 36 tahun bersama heroin bernilai RM1,000 di Jalan Tanjung Putus, Permatang Pauh di sini dan dipercayai suspek dalam perjalanan menghantar bahan terlarang itu di kepada pembeli.

Nik Ros Azhan berkata, dua paket plastik lutsinar heroin dan satu keratan straw itu ditemui disembunyikan dalam kotak rokok lelaki berkenaan dan polis turut merampas peralatan untuk menghisap dadah bersamanya.

Sementara itu, katanya polis turut menahan seorang lelaki yang juga pengedar dadah di sebuah bangsal di Jalan Ara Kuda, di sini pada Rabu dan merampas syabu serta empat picagari mengandungi cecair pelali.

Katanya berdasarkan siasatan, lelaki berusia 35 tahun itu turut positif dadah dan dia juga dikenali sebagai ‘mat sumpit’ kerana gemar mencuri lembu dengan menyumpit haiwan peliharaan orang sebelum
mencuri dan menjual kepada sindiket.

“Suspek menggunakan cecair pelali dan paip PVC untuk menyumpit lembu dan hasil penahanan lelaki itu polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes kecurian haiwan peliharaan di daerah SPT,” katanya.

Beliau berkata semua mereka yang ditahan itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat menurut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: Edar Dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

30/07/2025
0

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan seorang pesara polis berpangkat Sarjan Mejar membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd