• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minta MAHB Kemuka Laporan Penutupan LTSAS

oleh Ahmad Albab
07/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) menghantar laporan penuh berhubung penutupan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) hampir 24 jam semalam, yang disyaki berpunca daripada mendapan tanah.

“Saya masih menanti laporan penuh daripada pihak MAHB kerana masalah tersebut membabitkan soal keselamatan di peringkat negeri.

“Selaku pemimpin yang mengetuai jawatankuasa keselamatan negeri juga saya fikir perkara tersebut perlu diperincikan kepada kami,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Dewan Belia Perak di sini, hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional, Datuk Dr Mah Hang Soon menjelaskan LTSAS yang ditutup bermula 6.40 petang pada Khamis dibuka semula setelah mendapan tanah selesai ditambak kira-kira jam 12.30 tengah malam Khamis.

Langkah itu diambil selepas pihak MAHB mengesan lubang selebar 12 sentimeter dan sedalam1 meter di landasan lapangan terbang berkenaan.

Zambry berkata mendapan tanah yang berlaku itu merupakan perkara di luar jangkaan memandangkan kerja-kerja membaik pulih LTSAS yang dijalankan MAHB beberapa tahun lalu membuktikan ia selamat untuk digunakan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd KadirLTSAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

KPT Pantau Kebajikan Tujuh Pelajar Malaysia Di Iran

KPT Pantau Kebajikan Tujuh Pelajar Malaysia Di Iran

24/06/2025
0

LANGKAWI - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau keadaan tujuh pelajar Malaysia yang masih berada di Iran susulan ketegangan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd