• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setiap Lapisan ATM Perlu Kesetiaan Tahap Tertinggi

oleh Ahmad Albab
06/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiap lapisan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diharapkan terus meletakkan kesetiaan di tahap tertinggi agar kedaulatan negara tidak digugat, titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, hari ini.

Baginda bertitah taat setia dan kecemerlangan ATM adalah legasi yang telah diwariskan oleh pejuang terdahulu yang berkorban demi bangsa dan negara.

“Beta menyeru kepada pewaris ATM supaya melonjakkan kedudukan angkatan ini ke puncak yang lebih tinggi dan mercu kegemilangan yang mutlak.

“ATM hendaklah terus melipatgandakan segala daya dan usaha untuk memperkasakan tahap siap sedia dan mempertingkatkan tahap keterampilan warganya agar angkatan tentera beta berdiri gah dan disegani,” titah baginda pada Istiadat Perbarisan Memuliakan Seri Paduka sempena pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Kem Perdana Sungai Besi, di sini.

Baginda turut berpuas hati dengan pencapaian ATM yang telah berjaya melaksanakan peranannya sebagai tiang seri pertahanan dan kedaulatan negara, dan baginda turut menggelarkan ATM sebagai sebuah angkatan yang serba boleh.

Keberangkatan tiba baginda di Dataran Panglima Tentera Darat , Kem Perdana Sungai Besi, disambut dengan lagu Negaraku dan tembakan meriam kehormatan 21 das .

Seri Paduka kemudian memeriksa perbarisan terdiri daripada 26 pegawai dan 588 anggota lain-lain pangkat bagi ketiga-tiga perkhidmatan ATM yang diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Perbarisan yang diketuai Lt. Kolonel Johan Effendi Mohd Salleh itu terdiri daripada lima kontinjen utama iaitu tiga kontinjen dari Tentera Darat iaitu kontinjen Rejimen Askar Melayu Diraja, kontinjen Renjer Diraja dan kontinjen Kor Armor Diraja selain kontinjen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Sebaik selesai pemeriksaan barisan ATM, sembilan buah pesawat terdiri daripada tiga pesawat Agusta, sebuah pesawat Superlynx, sebuah pesawat Nuri, dua buah pesawat EC725 serta dua pesawat Fennex terbang di ruang udara bagi upacara lintas hormat.

Pesawat-pesawat tersebut telah membawa Jalur Gemilang, bendera ATM dan bendera ketiga-tiga perkhidmatan.

Laungan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali oleh anggota perbarisan bergema di dataran itu pada penghujung istiadat disusuli dengan bacaan doa.

Sultan Muhammad V kemudian sekali lagi menerima tabik hormat daripada pasukan kawalan kehormatan sebelum berangkat ke majlis santapan ringan.

Turut hadir ke istiadat itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta panglima dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM. – BERNAMA

Tags: ATMYang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini melaungkan amaran tegas budaya hedonisme yang tidak berakhlak serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd