• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mara Kelantan Diperuntuk RM34j Bantu Usahawan

oleh Ahmad Albab
06/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Majlis Amanah Rakyat (Mara) Kelantan diperuntukkan sebanyak RM34 juta untuk membantu usahawan yang dianggarkan seramai 2,278 orang di negeri ini, pada tahun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak RM32 juta diagihkan dalam bentuk bantuan pinjaman kewangan yang dijangka akan dapat dimanfaatkan oleh 360 orang usahawan.

“Baki sebanyak RM2 juta lagi adalah dalam bentuk latihan kepada usahawan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Usahawan Mara Kelantan di sini, malam tadi.

Ismail Sabri berkata Mara telah merangka program pembangunan usahawan yang sistematik dan holistik bagi melahirkan usahawan Bumiputera yang bukan sahaja menjadi juara peringkat nasional malah peringkat global.

Beliau berkata antara aspek yang diberi penekanan dalam program pembangunan usahawan tersebut adalah pembangunan produk, penjenamaan dan pembangunan standard.

“Ini merupakan elemen yang penting untuk usahawan beri penekanan supaya mereka tidak terpinggir dalam arus pembangunan peringkat nasional dan global,” katanya.

Beliau mahu usahawan bersama Mara meneroka bidang baharu seperti aeroangkasa, marin dan tenaga boleh diperbaharui, untuk melahirkan usahawan berasaskan teknologi terkini.

Turut hadir bersama lebih 500 usahawan Kelantan ialah Pengarah Mara Kelantan, Ismail Abdullah dan Pengerusi Persatuan Usahawan Mara Kelantan, Mohd Nazir Daut. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Thailand Harap Lawatan Ismail Sabri Perkukuh Kerjasama Dua Hala

22/02/2022
0

BANGKOK: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand bermula Khamis merintis peluang untuk kedua-dua negara memperkukuh...

Sempadan Negara Tidak Dibuka 1 Mac: PM

11/02/2022
0

TANGKAK - Pembukaan sempadan negara bermula 1 Mac seperti disyorkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) baru-baru ini tidak akan dilaksanakan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd