• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tertekan Dibuang Kerja, Lelaki Nekad Bakar Rumah

oleh AK-47
07/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALAHAI… Gara-gara tertekan selepas diberhentikan kerja, seorang lelaki nekad membakar ruang tamu rumahnya sendiri di Taman Ros, Mantin, Negeri Sembilan, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam Khamis itu, lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai sengaja memabukkan dirinya bertindak membakar rumah milik bapanya sebelum menjerit memberitahu jirannya.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Zaldino Zaludin berkata, siasatan awal mendapati suspek tinggal seorang diri dan dipercayai mengalami tekanan perasaan akibat baharu sahaja dibuang kerja.

Menurutnya, lelaki tersebut bagaimanapun kemudian ditahan pihak polis bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin Azmi Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 8.37 malam.

Menurutnya, bomba yang menerima panggilan daripada jiran keluarga itu kemudian menghantar satu jentera bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Bomba mengambil kira-kira 45 minit untuk memadamkan kebakaran sepenuhnya.

“Rumah berkenaan musnah 85 peratus namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

*Video dibawah sekadar hiasan…

Tags: buang kerjakebakaranRumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd