• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura ‘Top 10’ Cetak Rompak Online Dunia

oleh
05/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Di sebali gah sebagai sebuah negara maju dengan pendapatan perkapita rakyatnya lebih tinggi daripada jirannya di rantau Asia tenggara, Singapura turut mencipta rekod negatif.

Terkini, ia disenaraikan sebagai negara kesembilan di dunia bagi kegiatan cetak rompak secara online sepanjang 2016, sekali gus muncul satu-satunya negara ‘kaya’ dan juga wakil Asia tunggal dalam kelompok 10 teratas.

Ini menurut kajian terbaharu dijalankan oleh firma teknologi maklumat antarabangsa Muso, yang menyediakan analisis data pasaran trend pengguna dan rekod anticetak rompak menerusi Laporan Cetak Rompak Global 2017.

Syarikat tersebut menyatakan bahawa terdapat 191 bilion kunjungan ke laman-laman cetak rompak tahun lalu. Data itu mengecualikan China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Korea Utara memandangkan liputannya tidak cukup.

Ia mengambil kira jumlah kunjungan netizen ke laman cetak rompak sebagai nisbah kepada bilangan warga Internet di sesebuah negara itu. Dianggarkan 47 peratus daripada 7 bilion penduduk dunia merupakan pengguna Internet.

Apa yang cukup mengejutkan banyak pihak apabila Singapura yang memiliki 4.6 juta pengguna atau 82 peratus daripada jumlah penduduknya berada di tempat kesembilan dengan kunjungan 179.38 bagi setiap pengguna.

Dalam laporan Ranking Permintaan Cetak Rompak Muso, Singapura juga melakar sejarah sebagai satu-satunya negara Asia dalam kedudukan 10 teratas daripada keseluruhan 220 buah negara dan wilayah berdaulat di dunia!

Belarus muncul juara diikuti Lithuania, Georgia Ukraine, Latvia, Romania, Poland dan Estonia. Secara kebetulan, kesemuanya merupakan negara rantau Baltik bekas Kesatuan Soviet yang memang diketahui agak miskin.

Tempat ke-10 disandang Israel yang secara kebetulan merupakan sekutu rapat Singapura. Ia sejajar dengan kajian firma Sycamore yang pernah melaporkan tujuh daripada 10 remaja Singapura aktif muat turun secara haram.

Malahan lebih dahsyat, kajian tersebut menunjukkan enam daripada 10 orang dewasa di Singapura juga gemar melakukan cetak rompak atas talian disebabkan pelbaga faktor termasuk tekanan kos sara hidup amat tinggi.

Ranking Muso itu turut namun melihat pada gambaran lebih luas, dan menyertakan setiap negara dalam kategori berdasarkan pelibatannya dengan kegiatan ‘lanun’ berbanding negara lain. Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Cetak RompakSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd