• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Obama Sokong Emmanuel Macron

oleh Ahmad Albab
05/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Bekas Presiden, Barack Obama, menyatakan sokongannya terhadap Emmanuel Macron dalam saingan merebut jawatan Presiden Perancis. Macron mendedahkan mengenai sokongan Obama itu dalam satu video yang disiarkan, semalam.

“Saya mengagumi cara kempen yang dijalankan oleh Emmanuel Macron.

“Beliau sentiasa berpegang kepada nilai liberal, selain berpegang kepada misi mengenai pentingnya bagi Perancis memainkan peranan di Eropah dan seluruh dunia.

“Beliau juga komited untuk mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk rakyat Perancis.

“Beliau merayu dengan memberi harapan kepada rakyat dan bukannya dengan menakutkan mereka,” katanya. Macron berdepan dengan calon nasionalis, Marine Le Pen, pada pusingan kedua pengundian, Ahad ini.

Hasil tinjauan menunjukkan Macron sedang mendahului saingan.

Dalam pada itu, Obama berkata, beliau tidak bercadang untuk sering membabitkan diri dalam situasi politik.

“Saya tidak merancang untuk membabitkan diri dalam mana-mana pilihan raya kerana saya tidak perlu lagi bertanding.

“Tetapi pilihan raya Perancis amat penting bagi masa depan negara itu. Jadi, kita perlu ambil tahu kerana kejayaan Perancis amat penting bagi seluruh dunia,” katanya. – AP/BH ONLINE

Tags: Barack ObamaPerancis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub PARIS – Kerajaan Perancis memperluaskan skim makanan universiti berharga hanya €1 (sekitar RM4.60) kepada semua pelajar universiti dalam...

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

06/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd