• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larian UMNO: 7 Kuda Sambut Sang Saka Bangsa Di P.Pinang

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Tujuh kuda menyambut Sang Saka Bangsa di atas Jambatan Merdeka dekat sini sewaktu Larian Bendera sempena Ulang Tahun Ke-71 UMNO yang tiba di Pulau Pinang hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah menyerahkan bendera parti itu kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Reezal Merican berkata tujuh kuda berkenaan adalah sebagai simbolik kepada tujuh dekad UMNO membela serta memperjuangkan nasib rakyat di negara ini.

“Kuda juga melambangkan kesungguhan di mana pada zaman dahulu ia digunakan dalam peperangan, jadi ia menunjukkan kesungguhan UMNO untuk menawan semula kerusi-kerusi di Pulau Pinang terutama Nibong Tebal dan Permatang Pauh,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan bendera parti itu di sini, hari ini.

Beliau berkata bendera itu akan dibawa melalui Kepala Batas, Tasek Gelugor, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Batu Kawan dan Nibong Tebal sebelum diserahkan kepada Badan Perhubungan UMNO Perak.

Terdahulu, kira-kira 500 peserta berarak bersama Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah, bagi menyerahkan bendera kepada Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di Jambatan Merdeka.

“Larian di Kedah bermula 2 Mei lalu, di Kodiang, sebelum berhenti bermalam di dua lokasi iaitu Kubang Pasu dan Jerai, sebelum diserahkan kepada UMNO Bahagian Merbok kira-kira pukul 8 pagi tadi,” kata Ahmad Bashah.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dijangka menyerahkan bendera berkenaan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir di Parit Buntar Sabtu ini. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

22/10/2026
0

Oleh Arshad Khan JOHOR BAHRU – Penantian penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) berakhir apabila dokumentari eksklusif UNTAMED kini boleh ditonton...

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd