• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggiat Industri Muzik Tempatan Akan Dilindungi

oleh AK-47
04/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah untuk melindungi kepentingan mereka yang terlibat dalam industri muzik negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Ini termasuk usaha berterusan untuk membendung kegiatan lanun cetak rompak, katanya.

“Ada antaranya lagu yang dicetak rompak, dalam dunia digital kini ia boleh berlaku. Kalau tiada kawalan ia akan menimbulkan banyak masalah dan akhirnya merugikan pihak yang terlibat.

Kementerian boleh memainkan peranan dan bekerjasama dengan kementerian lain. Penting bagi kita untuk menggunakan kuasa yang ada berlandaskan undang-undang agar mereka ini dapat dilindungi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kaji selidik yang julung kali dibuat oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) mengenai impak ekonomi industri muzik Malaysia sejak 2011 hingga 2015.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Salleh berkata kementeriannya akan meneliti cadangan yang terkandung dalam dokumen yang secara rasminya dipanggil Kajian Impak Ekonomi Industri Muzik Malaysia RIM-PwC.

“Saya ingin memberi jaminan bahawa suara anda didengar dan sebagai permulaan, saya telah meminta RIM dan kakitangan saya untuk meneruskan momentum perbualan dan mengambil langkah untuk membangunkan cadangan konkrit,” katanya.

Beliau juga menegaskan RIM telah menggariskan strategi jangka panjang untuk menghidupkan industri muzik kepada nilai kira-kira RM500 juta menjelang 2028.

“Walaupun ini ada adalah sasaran yang tinggi, saya percaya ia boleh dicapai,” katanya.

Kajian itu diterajui RIM untuk mendedahkan fakta sebenar dan jumlah industri muzik tempatan dan menentukan bagaimana ia menyumbang kepada ekonomi negara.

Antara lain, ia bagi memastikan industri ini secara keseluruhan, menjana output ekonomi antara RM12.2 bilion dan RM13.4 bilion setahun.

Ia juga menyumbang antara RM5.5 bilion dan RM6.1 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setiap tahun.

Satu lagi penemuan penting menunjukkan bahawa industri itu mewujudkan antara 75,000 dan 83,000 peluang pekerjaan setiap tahun. – BERNAMA

Tags: Cetak RompakRIMSalleh Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FINAS Tiada Kuasa Heret Pelaku Cetak Rompak

FINAS Tiada Kuasa Heret Pelaku Cetak Rompak

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak mempunyai kuasa perundangan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu melakukan kesalahan...

Cetak Rompak: Industri Muzik Jangan Dipolitikkan

16/05/2018
0

PENGERUSI Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Darren Choy mengharapkan industri muzik tempatan tidak dipolitikkan dalam usaha membantu artis tempatan menjana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd