• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Tangan Terperosok Di Rim Terima Bantuan

oleh Ahmad Albab
04/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah hari ini menyampaikan bantuan kepada Muhammad Qayyum Sobri, 4, yang patah tangan kiri akibat tersepit pada rim motosikal pada Ahad lepas.

Bantuan RM300 menerusi Tabung Bantuan Segera JKM itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Masyarakat negeri Datuk Suraya Yaacob kepada ibu kanak-kanak itu, Azizah Awang, 44, di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Menurut Suraya, selain bantuan kewangan, JKM Kedah juga menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada ibu kanak-kanak itu yang merupakan ibu tunggal bagi membantu meringankan bebannya.

“Azizah tidak berniaga nasi lemak buat masa ini kerana perlu menjaga anak bongsunya itu di wad, sebab itu kita menyampaikan sedikit bantuan wang tunai dan barangan keperluan agar dapat meringankan sedikit beban keluarganya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan itu.

Dalam kejadian pada Ahad lepas, tangan kiri kanak-kanak itu patah selepas terperosok dalam rim motosikal dipandu ibunya ketika mereka dalam dalam perjalanan untuk membeli nasi kandar di pekan Simpang Kuala yang terletak kira-kira 400 meter dari rumah mereka.

Sementara itu, Azizah berkata akibat terlalu terkejut dengan kejadian yang menimpa anaknya itu, doktor mengesahkan dia kini mengalami masalah jantung dan perlu mendapatkan rawatan lanjut.

“Saya bawa dia naik motosikal dan dia duduk di belakang, tetapi saya tidak sedar bila dia menanggalkan jaket dipakainya sebelum jaket itu ditarik masuk ke dalam rim tayar dan tangan kiri Qayyuum turut masuk sama,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Muhammad Qayyuum terpaksa menjalani pembedahan bagi memasukkan besi pada bahagian tulang siku kiri tangannya pada 3.30 pagi keesokannya.

“Sebelum ini dia selalu ajak naik motor kalau nak pergi mana-mana, tetapi sekarang dia dah trauma dan tak mahu naik motor dah sebab takut dan saya perlu menemaninya setiap hari kerana sering sakit dan tidak dapat tidur malam,” kata Azizah. – BERNAMA

Tags: bantuankanak-kanak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kita Bangsa Johor Tidak Kira Agama, Bangsa, Latar Belakang – Onn Hafiz

Kita Bangsa Johor Tidak Kira Agama, Bangsa, Latar Belakang – Onn Hafiz

09/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor memastikan tiada rakyat...

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd