• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia-Kazakhstan Tubuh J/kuasa Khas Perdagangan

oleh AK-47
04/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu jawatankuasa khas dijangka ditubuh antara Malaysia dan Kazakhstan bagi menggalak kerjasama ekonomi lebih erat antara kedua-dua negara,” kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Pengarah Kanan Bahagian Akses Pasaran dan Kerjasama Antarabangsa, Abu Bakar Koyakutty berkata, jawatankuasa perdagangan bersama itu dijangka ditubuh semasa lawatan dua hari oleh delegasi Kazakhstan mulai hari ini, akan memberi tumpuan ke atas beberapa sektor perniagaan, iaitu kewangan Islam, pembangunan halal serta kerjasama awam-swasta.

“Kami ingin meningkatkan lagi perdagangan dua hala antara Malaysia dan Kazakhstan, di samping perniagaan Malaysia menggunakan negara tersebut sebagai platform bagi menembusi pasaran lain di Asia Tengah,” katanya kepada pemberita di satu forum perniagaan di sini, hari ini.

Bertema “Peluang Perniagaan Baharu di Kazakhstan”, forum itu dihadiri syarikat tempatan dan pelbagai kementerian Kazakhstan, diketuai Ruslan Dalenov, Naib Menteri Pertama Ekonomi Kebangsaan.

Abu Bakar berkata, ketika ini berapa syarikat Malaysia telah membuka perniagaan di Kazakhstan, iaitu dalam sektor minyak dan gas, bahan binaan serta pembinaan.

‘Dengan penubuhan jawatankuasa berkenaan, Malaysia boleh membantu Kazakhstan dalam menawarkan kepakaran, terutama dalam pembangunan kewangan Islam apabila Pusat Kewangan Antarabangsa Astana (AIFC) dibangunkan,” tambahnya.

AIFC dijadual mula beroperasi pada Januari 2018 dan akan menjadi hab kewangan serantau, dengan itu menjadi pusat utama pelaburan modal, pengurusan aset, kewangan Islam dan hijau, selain daripada teknologi kewangan dan perbankan swasta.

Ruslan Dalenov berkata, kewangan Islam tidak diguna secara meluas dalam sistem kewangan negara berkenaan.

“Tetapi dengan pelancaran AIFC, kerajaan melihat keperluan untuk mengguna sistem patuh syariah.

“Contohnya, kami akan menggunakan sistem itu untuk penerbitan susuk. Kini dua bank Malaysia membimbing institusi kewangan Kazakhstan bagi tujuan mewujudkan kewangan Islam,” tambahnya.

Ruslan berkata, pembangunan halal juga akan dimulakan, di mana Malaysia boleh membantu membangunkannya kepada standard antarabangsa.

“Kami ingin menghasilkan produk halal. Tetapi ia mesti dihasilkan dengan cara yang betul dan ini adalah di mana kerjasama itu akan memanfaatkan kami,” tambah beliau.

Tahun lalu, jumlah dagangan Malaysia dengan Kazakhstan meningkat 36.1 peratus kepada RM203.58 juta berbanding 2015. – BERNAMA

Tags: Abu Bakar Koyakutty
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd