• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Afif Bagi Keterangan Kes Makan Malam PKM

oleh Ahmad Albab
10/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin hari ini memberi keterangan kepada polis berhubung majlis makan malam perajurit Parti Komunis Malaya (PKM) di Dewan Serbaguna Taman Chai Leng, Perai dekat sini, Sabtu lalu.

Afif berkata, beliau hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah(SPT) untuk memberi keterangan mengenai kain rentang yang menggunakan nama dan wajahnya untuk penganjuran majlis makan malam itu.

Katanya, beliau kecewa kerana gambarnya diguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Sebenarnya saya juga langsung tidak tahu mengenai majlis berkenaan dan tidak terbabit dengan penganjurannya,” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Polis Pulau Pinang mengambil keterangan daripada 14 individu termasuk penganjur bagi membantu siasatan berhubung majlis makan malam berkenaan selepas menerima 24 laporan polis iaitu 22 dibuat di Pulau Pinang manakala dua lagi di Johor.

Kira-kira 800 orang dipercayai keluarga dan bekas anggota PKM dari Malaysia dan Thailand menghadiri majlis makan malam itu yang dianjurkan Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia pada 29 November lalu. – BERNAMA

Tags: KomunisPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

25/07/2026
0

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan rakyat harus bersyukur kepada Allah S.W.T dengan pelbagai kejayaan yang...

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd