• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Perkasa Latihan Amali Di Makmal Sains Sekolah

oleh Ahmad Albab
03/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Kementerian Pendidikan akan memperkasakan latihan amali di makmal sains sekolah di seluruh negara bagi membantu meningkatkan jumlah pelajar aliran sains.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon berkata sehubungan itu, penambahbaikan makmal sains sedia ada di sekolah juga akan dipertimbangkan sebelum ia dilaksanakan secara menyeluruh.

“Perkara ini memang dalam perbincangan di peringkat kementerian…bagi meningkatkan minat pelajar dalam bidang sains. Bagaimanapun, ia mungkin memerlukan kelengkapan yang lebih bersesuaian dengan keadaan semasa,” katanya kepada pemberita selepas majlis ‘Projek Mesra Rakyat TNB’ di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kebimbangan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), semalam mengenai peratusan nisbah pelajar aliran sains di sekolah menengah di seluruh negara yang semakin menurun sejak beberapa tahun lepas.

Chong berkata ketika ini mata pelajaran sains lebih menekankan aspek teori berbanding amali dan ia perlu dilihat semula sebagai usaha menangani penurunan penglibatan pelajar dalam aliran sains.

“Dasar bagi penyertaan pelajar dalam aliran sains memerlukan 60 peratus pelajar sains berbanding 40 peratus pelajar bukan sains…tetapi ramai yang tidak minat atau mungkin ada yang merasakan sukar untuk mencapai keputusan yang baik, kerana itu kita menstruktur semula subjek, kita perkenalkan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).”

“Pihak kementerian memperkenalkan mata pelajaran STEM ini untuk kita perluaskan subjek yang berkaitan sains,” kata Chong.

Katanya kementerian sedia maklum bahawa untuk menjadi negara maju, rakyat juga perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang sains namun dalam masa sama menggalakkan pendidikan Teknik dan Latihan Vokasional (TVET).

Terdahulu pada majlis itu, beliau menyaksikan penyerahan surat hasrat bagi pembaikpulihan rumah seorang warga emas di kawasan Kuning, Mantin oleh Pengurus Besar TNB Negeri Sembilan Ir Wan Ishak Soed, melibatkan kos RM40,000.

Projek Mesra Rakyat TNB itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat TNB. – BERNAMA

Tags: makmal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPV Ambil Sampel Bangkai Kucing, Analisis Di Makmal

07/03/2022
0

BESUT : Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu telah selesai mengambil sampel daripada bangkai kucing ditemukan di Taman Awam Pantai Bukit...

Haiwan Diseksa, Jadi Bahan Ujikaji Kimia

17/10/2019
0

NETIZEN menggesa sebuah makmal di Jerman ditutup selepas video penyeksaan haiwan di situ tular. Video berkenaan memaparkan beberapa spesies haiwan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd