• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Keluar Garis Panduan Kepada Maahad Tahfiz

oleh Ahmad Albab
03/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang akan mengeluarkan garis panduan kepada semua 80 maahad tahfiz di negeri ini bagi menjaga dan memelihara nasib pelajarnya, kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata garis panduan itu akan dirangka dengan mengambil kira pandangan pengusaha dan penyelia maahad tahfiz yang bebas mengemukakan idea pada seminar dan dialog bersama kerajaan negeri dalam masa terdekat.

Katanya, garis panduan itu tidak bermaksud kerajaan negeri berhasrat mencampuri urusan pentadbiran sekolah kerana kuasa autonomi masih terletak pada maahad tahfiz itu.

“Ramai yang buat maahad tahfiz kerana mahu mendapat pahala. Itu perkara yang baik tapi ada masanya dalam berlumba-lumba membuat kebajikan, ada yang tapi tertinggal perkara asas melibatkan pelajar.

“Ini yang kita mahu bantu… mahu membela nasib anak-anak yang ingin jadi penghafal al-Quran… sebab itu perlu satu garis panduan antaranya tentang kokurikulum yang digunakan, pengurusan, kelayakan akademik pengajar, penyelia dan apa yang difikirkan wajar.

“Penubuhan maahad tahfiz ini kena betul pada asas dan dasarnya. Kita bimbang nanti penubuhannya tidak sampai ke mana. Jangan jadi seperti hidup segan mati tak mahu. Kesian pada anak-anak ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Pahang bersama Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Negeri Pahang di Masjid Hentian Putra di sini, semalam.

Beliau berkata antara aspek lain yang akan dititikberat dalam menyediakan garis panduan itu ialah aspek keselamatan memandangkan isu seperti kebakaran di maahad tahfiz antara yang sering berlaku.

“Kita juga mahu mengekang penularan idea yang tidak tepat khususnya fahaman kumpulan pengganas Daesh yang diketahui menggunakan agama. Kononnya boleh mendapat pahala dengan berjihad,” katanya.

Adnan juga menyatakan hasrat supaya maahad tahfiz mencontohi Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) di sini, yang mempunyai pengurusan yang baik dan kokurikulum menyeluruh sehingga membolehkan pelajarnya menjadi golongan profesional yang menghafal al-Quran.

“Penubuhan MTNP memang dengan matlamat mahu melahirkan golongan teknokrat yang menghafal al-Quran. Kita lihat ia berada pada landasan yang betul. Ini hasrat kita di negeri Pahang supaya lebih ramai golongan seperti ini dapat dilahirkan, ” katanya. – BERNAMA

Tags: Adnan YaakobMaahad Tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Maahad Tahfiz Terbakar, Penghuni Terselamat

Maahad Tahfiz Terbakar, Penghuni Terselamat

27/11/2023
0

KEPALA BATAS : Institut Tahfiz dan Kefahaman Quran (Ma’hadul Azhar) di Jalan Pokok Sena, Kampung Banggul di sini, musnah dalam...

Kerajaan Umum Dana RM2 Juta Kepada Pinta Perkasa Maahad Tahfiz

Kerajaan Umum Dana RM2 Juta Kepada Pinta Perkasa Maahad Tahfiz

11/03/2023
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menyumbangkan dana RM2 juta kepada Yayasan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta) untuk memperkasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd